Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News & Press Release

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 01 December 2017 - Majlis Penutup Dikir Dua Belas (12) Malam Berturut-Turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam Peringkat Negara Bagi Tahun 1439H



Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa di bawahnya mengadakan Majlis Penutup Dikir Dua Belas (12) Malam Berturut-Turut Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi Tahun 1439H pada petang ini, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.  Majlis dikelolakan oleh Kementerian Perhubungan.

Hadir selaku di majlis tersebut, Yang Mulia Dr Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.  Juga hadir, Ketua-Ketua Bahagian dan Jabatan serta Pihak Berkuasa, dan para Pegawai Kanan serta Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. 

Majlis didahului dengan Sembahyang Fardhu Magrib Berjemaah diimamkan oleh Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ismail bin Pengiran Haji Tuah.  Persembahan Dikir beramai-ramai dimulakan dengan Dikir Assalamualaika.  Selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Isya’ Berjemaah, persembahan Dikir disambung lagi dengan Dikir Asyarakal.

Majlis Dikir tersebut merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa di bawahnya dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam yang diraikan di negara ini sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Di samping itu, bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara para pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Perhubungan.  Ianya juga dihasratkan untuk memohon ganjaran yang berlipat ganda bagi orang-orang Islam yang berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. 


Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam 
Kementerian Perhubungan
Negara Brunei Darussalam

Attachments