Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Pengesahan Keatas Penularan Isu Pemindahan Tol Rasau dan Caj Sebanyak B$20.00 yang Dikenakan di Pos Kawalan

Kementerian Perhubungan mengambil maklum keatas isu perkhidmatan pondok Tol Rasau yang telahpun menular di media sosial baru-baru ini khususnya mengenai isu pemindahan pondok tol berkenaan ke lokasi baru di Pos Kawalan Sungai Tujoh menjelang 1 April 2018 dan juga isu pengenaan caj sebanyak B$20.00 yang dikenakan kepada kenderaan-kenderaan Brunei yang menuju ke Miri, Sarawak.
 
Sehubungan ini, Kementerian Perhubungan mensahkan bahawa andaian-andaian tersebut ADALAH TIDAK BENAR dan memohon kerjasama orang ramai untuk menghentikan penularan berita yang sangat mengelirukan ini. Seperti yang terkandung dibawah Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Chapter 148), penularan maklumat yang palsu dan tidak benar merupakan kesalahan yang membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda sebanyak $3,000 atau keduanya sekali.
 
Kementerian Perhubungan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai dan menularkan sebarang maklumat yang disebarkan melalui internet dan/atau media sosial tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu. Untuk makluman orang ramai, bagi memastikan kesahihan sebarang maklumat yang berkaitan dengan Kementerian ini, mereka boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Kanan Kementerian Perhubungan melalui alamat e-mel hazizah.saleh@mincom.gov.bn atau talian 2383838 atau melayari laman web rasmi Kementerian Perhubungan di alamat mincom.gov.bn.
Attachments