Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Pelantikan Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI)

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Pengerusi dan Ahli-ahli Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) yang baru. Pelantikan adalah bagi tempoh dua (2) tahun mulai 1 Februari 2018 sehingga 31 Januari 2020. Pengerusi dan Ahli-ahli baru yang dilantik adalah:

 

Pengerusi

 

Yang Mulia

Dato Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw

Timbalan Menteri (Tenaga dan Perindustrian)

Jabatan Tenaga dan Perindustrian

 

Ahli-Ahli

 

1.     Yang Berhormat

Siti Rozaimeriyanti binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman

Ahli Majlis Mesyuarat Negara

 

2.     Yang Mulia

Haji Azhar bin Haji Ahmad

Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan

 

3.     Yang Mulia

Dr Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Arifin

Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance), Kementerian Kewangan

 

4.     Yang Mulia

Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak

Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI)

 

5.     Yang Mulia

Pengiran Dr Iskandar bin Pengiran Haji Petra

Penolong Professor Kanan, Fakulti Teknologi-Teknologi Berintegrasi

Universiti Brunei Darussalam (UBD)

 

6.     Yang Mulia

Haji Khairul Zaki bin Haji Mohiddin

Ketua FinTech, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD)

 

AITI ditubuhkan pada 1 Januari 2003 melalui Akta AITI 2001 untuk menjadi badan berkanun yang menjalankan fungsi pengawalseliaan sistem and perkhidmatan telekomunkasi, mengurus spektrum frekuensi radio kebangsaan dan membangun industri ICT tempatan.

Attachments