Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Respon Rasmi Kementerian Perhubungan keatas berita mengenai Projek Tren Laju Rentas Kawasan Borneo yang tular di Media Sosial

Sehubungan dengan berita yang diterbitkan oleh sebuah laman web luar negara mengenai cadangan Brunei Darussalam Membina Kereta Api Laju Rentas Borneo yang melibatkan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Kementerian Perhubungan dengan ini mengesahkan bahawa berita tersebut sangat mengelirukan dan bercanggah dengan sebarang kesahihan berikutan terbangkitnya cadangan mengenai perkara tersebut di Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara yang Ke Empat Belas yang diadakan baru-baru ini.

Dalam hal yang sedemikian, Kementerian Perhubungan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita bukan rasmi dan tidak sahih.



Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Kementerian Perhubungan

Sabtu 24 Mac 2018

Attachments