Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Aktiviti Riadah Belait Ku Ceria di Taman Jubli Perak, Kuala Belait



AKTIVITI RIADAH BELAIT KU CERIA
DI TAMAN JUBLI PERAK, KUALA BELAIT
2018

Kuala Belait, 15 Rejab 1439 bersamaan dengan 01 April 2018- Sebagai sebahagian daripada perancangan tahunan pemberigaan keselamatan jalan raya, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya telah turut serta dalam acara Belaitku Ceria yang berlangsung di Taman Jubli Perak, Kuala Belait pada pagi ini. 

Hadir selaku Duta-Duta Pemberigaan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) ialah Yang Berhormat Awang Iswandy Bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan juga Yang Mulia Hj Osman bin Hj Md Jair, Ketua Eksekutif Persatuan Insurans Dan Takaful (BITA) beserta Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Belait.  Dalam acara tersebut, Yang Berhormat Awang Iswandy dan Yang Mulia Ketua Eksekutif BITA beserta penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong telahpun mengagih-agihkan risalah keselamatan bertajuk “Share the Road: Responsibility for All” kepada penunggang basikal dan orang ramai yang menyertai program Belaitku Ceria ini. Risalah tersebut mengandungi nasihat-nasihat yang jelas mengenai tanggungjawab pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan, penunggang basikal dan pelari di jalanraya serta tatacara yang betul apabila berada di jalanraya.

Nasihat ini juga ditujukan kepada pemandu-pemandu kenderaan untuk mengurangkan kelajuan ketika menghampiri penunggang  basikal, pejalan kaki and  pelari, bersikap bertimbang rasa serta  berwaspada ketika  berada dipersimpangan jalan serta memberi jarak minimum sejauh 1.5 meter kepada penunggang  basikal, pejalan kaki dan pelari apabila melintasi mereka di jalanraya.

Menurut statistik yang dikeluarkan  oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Diraja Brunei, sebanyak 6 kes kemalangan telahpun dicatatkan disepanjang Januari hingga March 2018 yang melibatkan 6 kehilangan nyawa, yang mana 2 melibatkan pejalan kaki, 2 motosikal dan 2 kenderaan. Dalam perkara ini MKKJR ingin memberi penekanan serius dan menasihatkan penunggang-penunggang basikal, pelari dan pejalan kaki untuk sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati serta sentiasa peka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

MKKJR juga telah mengenalpasti bahawa ada sesetengah penunggang basikal ini terdiri dari mereka yang baru berjinak-jinak memulakan aktiviti berbasikal. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya mereka ini menghadkan aktiviti mereka di kawasan Bandarku Ceria atau ditempat-tempat yang dikhaskan dan selamat untuk berbasikal. Bagi mereka yang ingin mempelajari tatacara berbasikal yang sebaiknya, disarankan untuk mereka mengikuti mana-mana sesi atau program Cycling Clinic yang ada dijalankan.

Temuramah media bersama Yang Berhormat Awang Iswandy mengandungi pesanan kepada kalangan belia untuk tidak memandu laju disamping mengelakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memasang tali pinggang keselamatan semasa memandu. Bagi pihak BITA pula, pesanan yang disampaikan adalah mengenai perimustahaknya perlindungan insurans dan untuk lebih memahami MCG atau Motor Claims Guidelines bagi penanganan kemalangan yang tidak serius secara cekap dan berkesan mengikut garispandu yang diberikan.

Hadir bagi turut memeriahkan acara pada pagi ini ialah Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Menteri Perhubungan selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya; Yang Mulia Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR; Yang Mulia Dr Supry bin Haji Ag Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Setiausaha MKKJR beserta pegawai dan kakitangan Urusetia MKKR dan Kementerian Perhubungan. 


Disediakan oleh:
Urusetia Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 

Attachments