Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 20 Rejab 1439H bersamaan 7 April 2018M - Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Ratib Al-Attas Sempena Memperingati Mangsa-Mangsa Kemalangan Lalulintas Jalanraya bagi Tahun 2018

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT BERJEMAAH DAN RATIB AL-ATTAS

SEMPENA MEMPERINGATI MANGSA-MANGSA KEMALANGAN

LALULINTAS JALANRAYA BAGI TAHUN 2018


 

Bandar Seri Begawan, 20 Rejab 1439H bersamaan 7 April 2018M - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam (MKKJR) mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Ratib Al-Attas pada petang ini sempena Memperingati Mangsa­-Mangsa Kemalangan Lalulintas Jalan Raya bagi Tahun 2018. Acara telahpun berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR dan juga Dr Haji Supry bin Haji Ag Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap selaku Setiausaha MKKJR. Majlis juga turut dihadiri oleh penuntut-penuntut dan guru-guru dari Sekolah Ugama Kampong Jerudong.

Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Ratib Al-Attas Sempena Memperingati Mangsa-Mangsa Kemalangan Lalulintas Jalan Raya ini merupakan antara usaha MKKJR menyelaraskan aktiviti keugamaan dalam menyahut seruan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir. Disamping itu juga majlis turut diadakan untuk memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata 'ala supaya negara ini, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya, sentiasa diberikan perlindungan dari kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Disamping itu juga, acara ini merupakan usaha berterusan MKKJR untuk memohon berkat dalam segala usaha-usaha dan perancangannya dalam meningkatkan keselamatan jalan raya demi kebajikan semua.

Dalam kesempatan ini, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya meningkatkan kewaspadaan ketika berada di jalan raya dengan mengamalkan doa selamat sebelum memulakan perjalanan setiap hari disamping sentiasa mengamalkan sikap pemanduan yang berhati-hati, berdisiplin dan bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas jalan raya demi menjaga keselamatan bersama dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Disediakan oleh:

Secretariat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

Attachments