Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Pembukaan Program Marshal Asas Kelab Motorsikal Veteran Negara Brunei Darussalam

21 April 2018 – Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) menyeru semua penunggang motosikal untuk mengamalkan cara menunggang yang selamat dan berhemah. Mereka yang baru memperolehi lesen motosikal juga disarankan untuk menjalani tatacara menunggang yang selamat atau penunggangan defensive (defensive riding) daripada agensi-agensi atau syarikat yang diiktiraf bagi meningkatkan lagi piawaian dan tahap menunggang motosikal di negara ini demi keselamatan semua pengguna jalanraya. Disamping itu, penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen menunggang yang sah dan bersesuaian adalah diperingatkan untuk mendapatkan lesen yang sah. Jika didapati menunggang tanpa lesen yang sah dan bersesuaian, ianya adalah kesalahan dibawah Seksyen 16, Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan jika sabit, penunggang boleh dikenakan denda tidak melebihi Dua Ribu Ringgit (B$2,000.00). Bagi kesalahan kedua, penunggang boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dan denda tidak melebihi Empat Ribu Ringgit (B$4,000.00). Seruan dan saranan ini dinyatakan semasa acara Bengkel Program Marshal Asas untuk penunggang-penunggang motorsikal tempatan yang diadakan selama dua hari bermula hari Sabtu 21 April 2018 di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian, Jalan Menteri Besar. Bengkel diungkayahkan oleh Persatuan Motorsikal Veteran Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR).

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis pembukaan Bengkel ini ialah Yang Mulia Dr Haji Supry bin Haji Ag Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Setiausaha MKKJR. Turut hadir adalah ahli-ahli Persatuan Kelab Motorsikal Veteran, peserta yang dijemput, pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan Pengangkutan Darat.

Tujuan bengkel dua hari ini adalah untuk mengajar mengenai perihal permotoran yang berhemah dengan lebih teratur serta selamat semasa menunggang motorsikal diatas jalan raya melalui dua kaedah iaitu menunggang secara berkonvoi dan individu. Penglibatan persatuan NGOs ini adalah selaras dengan saranan Yang Berhormat Menteri Perhubungan selaku Pengerusi MKKJR supaya agensi-agensi yang berkepentingan dan NGOs untuk tampil kehadapan bagi sama-sama bekerjasama dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya dan terutama sekali kecederaan dan kehilangan nyawa. Bengkel yang diungkayahkan ini juga selaras dengan usaha MKKJR yang berterusan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengguna jalanraya secara keseluruhan bersama berbagai pihak berkepentingan.




Attachments