Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Projek Rintis Menanamkan Sikap Menunggang Motosikal yang Selamat (Safer Riding) bagi Penunggang Motosikal di Negara Brunei Darussalam


28 April 2018 - Dalam usaha berterusan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan serta menanamkan sikap menunggang motosikal yang selamat dan berhemah, satu projek rintis dengan usahasama Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) dan persatuan-persatuan motosikal yang berdaftar, telahpun dilancarkan hari ini di Kompleks Litar dan Latihan Memandu, Jabatan Pengangkutan Darat, Kampong Sungai Akar.

Projek Rintis selama enam bulan ini  bertujuan sebagai langkah awal usaha Jabatan Pengangkutan Darat dalam menggubal kurikulum sekolah memandu khusus bagi motosikal supaya tatacara pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Taklimat dan latihan yang melibatkan jurulatih yang terdiri dari Agensi-Agensi Bukan Kerajaan (NGOs) ini juga dihasratkan akan dapat membantu  dalam menangani isu-isu yang melibatkan kemalangan motosikal yang semakin meningkat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di pelancaran Projek Rintis pada petang ini ialah Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR 2018. Turut hadir ialah Dr Hj Supry bin Hj Ag. Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan selaku Setiausaha MKKJR 2018, Pg Mohd Amirrizal bin pg hj mahmud, Pmk Pgh JPD, Pg Haji Redzuan bin Pg Haji Ahmad, YDP PEMODA, Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan dan JPD, Pengusaha-Pengusaha Sekolah Memandu dan Ahli-Ahli Tertinggi PEMODA serta YDP-YDP Persatuan motosikal yg berdaftar.

Pojek rintis ini akan melibatkan pelatih-pelatih yang baru lulus ujian motosikal, para posmen dan syarikat penghantar makanan dan barangan seperti Pizza Hut, McDonald, Surat Khabar dan sebagainya yang menggunakan motosikal. Mereka ini iaitu dengan mengikut giliran masing-masing, akan mengikuti taklimat teori dan menjalani latihan praktikal tambahan mengenai "individual and group safer riding" yang akan disampaikan oleh pegawai JPD bersama penyampai-penyampai dari kalangan ahli elit pemoda yang diiktiraf oleh JPD. Taklimat akan diadakan setiap hari sabtu sebelah petang sepanjang tempoh rintis berjalan. Bagi pelatih yang baru lulus lesen kelas memandu motosikal, taklimat ini adalah salah satu syarat yang perlu mereka ikuti sebelum lesen mereka diserahkan kepada mereka.

Majlis Pelancaran pada petang tadi dimulakan dengan bacaan Surah AlFatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengarah JPD dan diteruskan dengan perasmian projek rintis oleh Tetamu Kehormat serta penyampaian taklimat oleh YDP PEMODA bertajuk "Menunggang Motosikal dengan lebih selamat secara berkumpulan dan individu".  (Group and Individual Safer Riding)

Attachments