Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 1 Julai 2018 - Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (Pkl) dan Sijil Bersara Diselajurkan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Perhubungan serta Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Di Bawahnya

Kementerian Perhubungan serta Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-71 serta penyampaian Sijil-Sijil Bersara kepada seramai 28 penerima Pingat P.K.L yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun dan 54 penerima Sijil Bersara bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan dan Isteri. Turut hadir ialah Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan dan Dr. Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan beserta isteri masing-masing.

Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan menjelaskan bahawa tujuan penganugerahan Pingat Kerja Lama dan Sijil Bersara tersebut adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah memberikan khidmat bakti dan sumbangan selama bertugas di Kementerian Perhubungan serta Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Di-Bawahnya. Pingat Kerja Lama adalah merupakan salah satu daripada pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dianugerahkan kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan bagi mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Pingat dan Sijil tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan.

Majlis pada hari ini diselajurkan dengan Sambutan Hari Raya Kementerian Perhubungan bagi Tahun 1439H/2018M yang melibatkan kehadiran pegawai dan kakitangan Kementerian serta Jabatan-jabatan dan agensi-agensi dibawahnya bersama kaum keluarga masing-masing. Antara acara menarik yang disusun ialah pertandingan Video bertemakan Raya The Movie. Majlis turut diserikan dengan hidangan berbagai juadah hari raya dimana Tetamu Kehormat Majlis beserta para jemputan berpeluang untuk beramah mesra dalam sama-sama mengukuhkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan warga Kementerian Perhubungan.

Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos. 

Attachments