Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 15 Oktober 2018 - Lawatan Kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Jabatan Pengangkutan Darat


Seramai 17 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada pagi ini mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pengangkutan Darat di Beribi, Jalan Gadong.  Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu.

Tujuan lawatan kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Jabatan Pengangkutan Darat pada pagi ini adalah untuk meninjau secara dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Darat khususnya untuk orang ramai.   Lawatan kerja juga adalah untuk memberikan pendekatan keatas isu-isu dan projek-projek sektor pengangkutan darat di Negara Brunei Darussalam secara langsung kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara sebagai persediaan bagi Sesi Muzakarah Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan Kementerian Perhubungan yang akan diadakan pada 26 November 2018 nanti.

Antara agenda lawatan adalah Pameran Projek Peningkatan Sistem Pengangkutan Awam serta impaknya dengan peningkatan konektiviti melalui penambahan laluan dan tempat-tempat perhentian. Kearah meningkatkan mobiliti orang awam yang menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan psrtumbuhan ekonomi, Jabatan Pengangkutan Darat pada masa ini sedang giat menyediakan prosedur tawaran bagi beberapa proses penting di bawah projek peningkatan sistem pengangkutan awam yang dijangka mula dilaksanakan menjelang suku kedua 2019. Disamping itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat berpeluang untuk mencuba menggunakan platform DART yang diperkenalkan dalam usaha meningkatkan mobiliti menawarkan peluang mata pencarian, mengurangkan pengangguran dan memudahcara pengangkutan dengan penggunaan perkembangan ICT terkini.

Juga turut di bincangkan adalah matlamat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) kearah meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Negara ini melalui pelbagai usaha promosi dan peningkatan kesedaran keselamatan jalan raya kepada seluruh masyarakat termasuk usaha yang berbentuk keagamaan dan jerayawara. 

Disamping itu juga, Ahli-Ahli Yang Berhormat dibawa melawat ke beberapa kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat JPD, termasuk Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Lesen Kenderaan dan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Darat yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan terhadap kenderaan kerajaan (BG), untuk tukar milik, pertukaran nombor pendaftaran, pemeriksaan tukar injin dan tukar warna.

Lawatan berakhir di Stesyen Pemeriksaan Kenderaan Bayu Ilham Motors Sdn Bhd di Jalan Bengkurong Masin, Kampong Bengkurong yang menjalankan pemeriksaan kenderaan-kenderaan persendirian berumur 7 tahun dan ke atas dan kenderaan komersil.

Attachments