Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 23 Oktober 2018 - LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE DATA STREAM TECHNOLOGY SDN BHD (DST)



Seramai 12 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telahpun mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Data Stream Technologies Sdn Bhd (DST) di Tungku Link pagi tadi.


Tujuan lawatan kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke DST adalah untuk melihat lebih dekat lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi tempatan. Lawatan kerja juga adalah untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli MMN untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai isu-isu yang berhubungkait dengan pembekalan perkhidmatan telekomunikasi di Negara Brunei Darussalam sebagai persediaan kepada Sesi Muzakarah bersama Kementerian Perhubungan pada hujung bulan November nanti.


Ahli-ahli Majlis Mesyuarat negara disambut oleh Puan Ang Siok Tuan bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif DST dengan diiringi oleh kehadiran Ahli Jawatankuasa Eksekutif DST.


Dalam taklimat yang diberikan kepada ahli-ahli MMN, DST membincangkan akan hal kepentingan dalam menuju kemajuan ke hadapan untuk membangunkan ekonomi dalam konteks global Revolusi Perindustrian ke-4. Ini termasuk perniagaan strategik ke arah transformasi digital menerusi pelaburan dalam pembangunan modal tenaga manusia, peralihan daripada infrastruktur dan cara tradisi sistem telekomunikasi, sambil meningkatkan ke arah portfolio sistem digital, model perniagaan dan perwujudan budaya digital.


DST juga menerangkan mengenai peningkatan rangkaian liputan dan kesinambungan sebagai langkat ke arah meningkatkan kualiti telekomunikasi Brunei. Setakat ini, DST mempunyai lebih daripada 200 tapak 2G, dan lebih 300 tapak 3G dan 4G, dan dijangka akan lebih banyak lagi tapak stesen pangkalan baru dalam pelan perancangan. Menurut statistik pihak AITI, kadar penetrasi mudah alih (mobile) kini mencapai 131%, meningkat dari kadar 129.3% pada tahun sebelumnya.


Antara perisian lawatan seterusnya adalah peluang bagi Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk melihat pameran type approval di Lobi Utama Bangunan DST yang mengetengahkan pelbagai peranti dan smart devices yang diimpot ke Negara Brunei Darussalam.


Rombongan seterusnya melawat studio radio Kristal FM. Stesen radio Kristal FM dijalankan oleh Kristal Media Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Syarikat Kumpulan DST. Ianya memulakan siaran pada 2hb Januari 1999.


Rombongan juga dibawa melawat tapak menara DST di Kg. Rimba.   Menara telekomunikasi tersebut menempatkan ‘transmitter antenna signal’ untuk jaringan akses bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna di sekitar menara tersebut.

Attachments