Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 9 Disember 2018 - Pemasangan Papan-Papan Tanda Kamera Had Laju

(1) Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dengan ini memaklumkan kepada orang ramai khususnya pemandu dan pengguna jalanraya di negara ini bahawa dua belas (12) papan-papan tanda kamera had laju telahpun dipasang di beberapa kawasan jalanraya yang terpilih.

(2) Kawasan-kawasan berkenaan adalah kawasan yang memang sudah mempunyai had laju yang telah ditetapkan sebelum ini. 

(3) Pemasangan papan tanda kamera had laju ini adalah antara pendekatan MKKJR untuk menambahbaik lagi kaedah peringatan kepada orang ramai demi meningkatkan tahap keselamatan dan kepekaan pengguna jalanraya.

(4) Penguatkuasaan akan dilaksanakan dari masa ke semasa oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan menggunakan teknologi kamera tangkap laju mudah alih (portable) yang sediaada bukan sahaja di kawasan-kawasan yang terpilih ini tetapi juga di kawasan yang lain di seluruh negara.

(5) MKKJR juga sedang merebiu had laju-had laju berkenaan mengikut kesesuaiannya dengan keadaan dan tahap keselamatan jalanraya-jalanraya berkenaan.


Lokasi-Lokasi Papan Tanda Kamera Had Laju: 

1. Jalan Gadong (2 papan tanda) 
A) Selepas pusing keliling Beribi perjalanan menghala ke Jalan Tutong melalui Kampong Jangsak; 
B) Selepas memasuki Jalan Gadong dari simpang tiga lampu isyarat di Jalan Tutong, perjalanan menghala ke pusing keliling Beribi. 

2. Jalan Jerudong (2 papan tanda) 
C) Selepas memasuki Jalan Jerudong dari Lebuhraya Muara Tutong perjalanan menghala ke Jalan Tutong; 
D) Selepas memasuki Jalan Jerudong dari simpang tiga lampu isyarat di Jalan Tutong perjalanan menghala ke Lebuhraya Muara Tutong. 

3. Lebuhraya Muara Tutong (4 papan tanda) 
E) Selepas melimpasi simpang berdepanan Pusat Tingkatan Enam (PTE) Meragang perjalanan menghala ke Tutong 
F) Selepas papantanda had laju 70 km/jam di kawasan Jerudong perjalanan menghala ke Tutong 
G) Selepas papantanda had laju 70 km/jam di kawasan Jerudong perjalanan menghala ke Muara; 
H) Selepas melimpasi simpang Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Tanah Jambu perjalanan menghala ke Muara. 

4. Jalan Kumbang Pasang (2 papan tanda) 
I) Sebelum papantanda 50 km/jam kawasan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) perjalanan menghala ke Gadong; 
J) Selepas melimpasi simpang tiga lampu isyarat Jalan Gadong perjalanan menghala ke Bandar Seri Begawan. 

5. Lebuhraya Telisai-Lumut (2 papan tanda) 
K) Selepas melimpasi lampu isyarat simpang masuk ke Kampong Telisai (menghala ke Belait); 
L) Selepas melimpasi lampu isyarat masuk ke Politeknik Cawangan Lumut (menghala ke Tutong). 


Attachments