Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 14 Disember 2018 - Pertukaran Nama Kementerian dan Perlantikan Pegawai-Pegawai Kanan

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan ke atas pertukaran nama Kementerian Perhubungan menjadi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 
Dalam pada itu juga, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan pegawai-pegawai kanan berikut untuk menjadi Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap:
 
1)Pengarah Penerbangan Awam, Yang Mulia Awang Haji Muhammad Nazri bin Haji Muhammad Yusuf, menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi;
 
2)Pengarah Pengangkutan Darat, Yang Mulia Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi;
 
3)Ketua Pos Agung, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul karim menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan
 
4) Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak menjadi Ketua Pegawai Eksekutif AITI bertaraf Timbalan Setiausaha Tetap.
 
Tarikh pertukaran nama kementerian dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai Sabtu, 7 Rabiulakhir 1440 bersamaan 15 Disember 2018.


Attachments