Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 24 Disember 2018 - Mesej Tular mengenai Kemalangan Bas Penumpang Damri Pontianak-Brunei

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi merujuk maklumat beserta gambar tular yang disebarkan melalui Aplikasi Media Sosial termasuk Whatsapp mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas penumpang DAMRI Pontianak-Brunei dengan sebuah lori membawa barangan di sempadan Malaysia Indonesia dan mengesahkan berita ini sebagai tidak benar dan tidak berasas. JPD memaklumkan bahawa gambar kemalangan jalan raya yang ditularkan tersebut adalah gambar dari kejadian yang berlaku pada tahun 2017 yang telah ditularkan semula.

 

Jabatan Pengangkutan Darat ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang maklumat yang tidak sahih yang disebarkan melalui Aplikasi Media Sosial. Disamping itu juga, JPD memohon mana-mana individu yang menerima mesej tular tersebut supaya menghentikan penyebarannya kerana ianya boleh menimbulkan kebimbangan orang awam.

 

Jabatan Pengangkutan Darat ingin mengingatkan bahawa menyebarkan makluman palsu dan tidak sahih kepada orang awam merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa dibawah undang-undang Negara Brunei Darussalam mengikut Seksyen 34 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Chap 148) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga  tempoh tiga (3) tahun atau denda B$3,000 jika sabit kesalahan.

 

HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON

Pemangku Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments