Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 11 Februari 2019 - Taklimat mengenai Tatacara Pengendalian Akaun Perbelanjaan, Stor dan Kenderaan bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Satu taklimat mengenai Tatacara Pengendalian Akaun Perbelanjaan, Stor dan Kenderaan bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada hari Isnin, 6 Jamadilakhir 1440 bersamaan dengan 11 Februari 2019 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Hadir pada taklimat tersebut adalah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan di bawahnya.


Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.  Taklimat dibahagikan kepada 2 sesi.  Taklimat Pertama mengenai Hasil Pengauditan Audit Dalaman, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Tasad bin Haji Tamam, Ketua Unit Audit Dalaman, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi manakala, Taklimat Kedua mengenai Tatacara Pengendalian Akaun Perbelanjaan, Stor dan Kenderaan telah disampaikan oleh Pegawai daripada Jabatan Perbendaharaan.  Semasa taklimat tersebut sesi soal jawab juga telah diadakan.


Taklimat tersebut adalah kali kedua diadakan oleh Unit Audit Dalaman, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sebagai lanjutan kepada taklimat Pengaudtian Pengurusan Sistem Kawalan Dalaman yang telah diadakan pada 03 Jamadilawal 1439 bersamaan 20 Januari 2018.  Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai Audit Dalaman dan Tatacara Pengurusan Kewangan kepada semua pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan di bawahnya khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan hal ehwal pengurusan dan kewangan di Kementerian serta jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawahnya.  Seramai lebih 50 orang pegawai dan kakitangan telah menghadiri taklimat tersebut.

 


 

 

Unit Audit Dalaman

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

6 Jamadilakhir 1440 / 11 Februari 2019


Attachments