Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 21 Februari 2019 - Peserta-Peserta Skim Biasiswa Trafik Udara berlepas Ke Kuala Lumpur

Seramai lapan orang penerima skim biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi mengikuti Latihan Kawalan Trafik Udara di Akademi Penerbangan Awam Malaysia (MAVA).

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pengiran Mohd Amirrizal Bin Pengiran Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengangkutan, Penyelidikan Dan Perkembangan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, pegawai-pegawai Jabatan Penerbangan Awam dan ahli keluarga peserta-peserta skim biasiswa.

Peserta-peserta skim biasiswa ini akan memulakan pengajiannya di Akademi Penerbangan Malaysia (MAVA) bermula 25 Februari 2019 selama enam bulan.

Sebelum berangkat, doa selamat telah dibacakan oleh Pengiran Haji Md Ismail bin Pg Hj Tuah, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

Disediakan oleh:
Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


 


Attachments