Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 27 Mac 2019– Acara Pengagihan Jaket-Jaket Keselamatan

Dalam usaha pihak Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) untuk meningkatkan tahap keselamatan semasa berada di atas perahu, jaket-jaket keselamatan telahpun diagih-agihkan di Jeti Penurunan Penumpang, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan.

 

Sebanyak 50 unit jaket keselamatan telahpun diagih-agihkan kepada para pengendali dan pemandu perahu-perahu tambang di Sungai Brunei. Jaket-jaket keselamatan yang diagih- agihkan tersebut merupakan jaket-jaket keselamatan yang telah disumbangkan oleh Syarikat Royal Brunei Technical Service (RBTS) dalam usaha Syarikat tersebut mendukung usaha pihak MPABD. Selain pengagihan jaket-jaket keselamatan, risalah-risalah mengenai kepentingan pemakaian jaket keselamatan juga turut diberikan kepada pemandu, penumpang dan orang ramai.

 

Pihak MPABD turut menyarankan para pengendali dan pemandu perahu tambang di Sungai Brunei agar sentiasa mematuhi syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan dan ingin menasihatkan para pengendali dan pemandu untuk saling mengingatkan satu sama lain akan kepentingan pemakaian jaket keselamatan bagi pemandu perahu dan para penumpang. Ini adalah kerana pemakaian jaket keselamatan ini akan membantu meningkatkan keselamatan para penumpang dan pemandu apabila menaiki sebarang pengangkutan air.

 

Acara yang diungkayahkan oleh pihak MPABD bersama pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan) dan Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut menyertai acara tersebut adalah Ketua Eksekutif MPABD, pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta MPABD.



Pihak MPABD berharap jumlah pengendali, pemandu dan penumpang yang memakai jaket- jaket keselamatan semasa berada di atas perahu akan meningkat dan menjadi satu amalan berterusan apabila menaiki sebarang pengangkutan air.

 

Bagi sebarang keterangan lanjut mengenai butir-butir berkaitan dengan jaket keselamatan atau peraturan-peraturan yang berkaitan, orang ramai adalah dipersilakan untuk menghubungi Unit Perkapalan di Bangunan Operasi MPABD di talian +673 -2771354 semasa waktu pejabat atau melalui emel  info@mpa.gov.bn.

 

 

 

Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam

Jalan Muara BT1728

Negara Brunei Darussalam

 

20 Rejab 1440

27 Mac 2019

 


Attachments