Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 03 Mei 2019 - Majlis Pelancaran Applikasi Pertolongan Cemas dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam 2019

Majlis Pelancaran Applikasi Pertolongan Cemas dan Kempen KeselamatJalan Raya Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam 2019 telahpun berlangsung pada pagi ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jalan Menteri Besar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR).


Applikasi ini telahpun disediakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam dan platform daripada International Federation of the Red Cross and Red Crescent. Applikasi yang memaparkan tatacara memberi pertolongan cemas dan juga mengenalkan perkhidmatan didalam Persatuan Bulan Sabit Merah serta memaparkan tindakan semasa berlakunya bencana bertujuan untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya dalam memberikan pertolongan cemas. Ianya boleh dimuat-turun dengan mudah oleh orang ramai melalui IOS dan Android.

Acara juga turut menyaksikan penyampaian poster dan poskad keselamatan jalan raya sebagai sebahagian kerjasama padu berterusan Persatuan Bulan Sabit Merah dengan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya dalam sama-sama meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan jalan raya dan bagaimana menjadi pengguna jalan raya yang bijak, berhemah dan bertanggungjawab.

Disamping itu juga turut disampaikan ceramah mengenai Applikasi Pertolongan Cemas tersebut yang disampaikan oleh Ms Grace Lo, Pegawai Kanan dari International Federation of the Red Cross & Red Crescent.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; serta Ketua Urusetia dan Ahli-ahli MKKJR; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta agensi-agensi yang berkepentingan yang lain.


Dalam kesempatan ini, MKKJR terus menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk memulakan setiap perjalanan dengan doa disamping meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika memandu di jalan raya serta mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah.

Pemandu-pemandu juga terus diseru untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan untuk sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan demi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Attachments