Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 04 Mei 2019 - Kunjungan Muhibah Tuan Yang Terutama Mr. Keiichi Ishii, Minister of Land, Infrastructure, Transport and Tourism, Japan

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi  telah menerima kunjungan muhibah daripada Tuan Yang Terutama Mr Keiichi Ishii, Minister of Land, Infrastructure, Transport and Tourism, Japan pada hari Sabtu, 4hb Mei 2019. 



Kedua-dua Menteri telah membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sektor pengangkutan khususnya perkhidmatan udara dan sektor maritim. Ini termasuk peluang-peluang bagi meningkatkan kerjasama dalam perkhidmatan udara antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun. Kedua-dua Menteri juga bertukar pendapat mengenai initiatif latihan berterusan bagi sektor maritim serantau dibawah kerjasama pengangkutan ASEAN-Japan.

Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei Darussalam, Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism, Japan, dan Kedutaan Jepun di Brunei Darussalam.

Ini merupakan lawatan pertama bagi Tuan Yang Terutama Mr Keiichi Ishii, Minister of Land, Infrastructure, Transport and Tourism, Japan ke Negara Brunei Darussalam.

 


Dikeluarkan:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam

4hb Mei 2019


Attachments