Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 27 Mei 2019 - Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa di Bawahnya bagi Tahun 1440H/2019M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya telahpun mengadakan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah yang dikhususkan buat ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman pada hari ini di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Yusof, Menteri Pengangkutan dan Inforkomunikasi.

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abd Razak, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan serta  pegawai dan kakitangan  Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan  serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Zulfadhli bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal-Ehwal Ugama.

 

Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


Attachments