Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 3 Julai 2019-Majlis Kunjungan Muhibbah ke Daerah-Daerah bagi Yang Berhormar Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi mengadakan kunjungan muhibbah ke daerah-daerah pada hari ini, bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam suasana Hari Raya Aidilfitri. 


Yang Berhormat Dato memulakan kunjungan ke Jabatan Pengangkutan Darat, Cawangan Tutong yang terletak di Kampong Serambangun, Daerah Tutong.


Yang Berhormat Dato serta rombongan seterusnya berkunjung ke Pejabat Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) di Kuala Belait.



Pada sebelah petang Yang Berhormat Dato meneruskan kunjungan muhibbah ke Daerah Temburong yang diadakan di Pantaran Permata Hijau, Jabatan Daerah Bangar.



Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua Eksekutif AITI; Ketua Eksekutif MPABD; Ketua-ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.


Attachments