Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 11 Julai 2019 - Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa Kelolaan Jabatan Penerbangan Awam bagi Tahun 1440H/ 2019M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Bekuasa telah mengadakan Majlis Doa Selamat kepada Bakal-Bakal Jema'ah Haji bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Awang Mohamad Fauzi bin Mohamad Sidek, Pemangku Pengarah Penerbangan Awam.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Haji Awang Muhammad Naqib bin Haji Awang, Penceramah daripada Pusat Da'wah Islamiah, dan diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada Bakal-Bakal Jema'ah Haji yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, kepada sepuluh (10) orang bakal-bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua Eksekutif AITI dan MPABD, Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.

 

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Antarabangsa, Perancangan dan Pembangunan
Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


Attachments