Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 20 Ogos 2019 - "High-Level Policy Dialogue with Stakeholders on Cycling Safety in Brunei Darussalam"

​Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Brunei Darussalam telah mengadakan Dialog Peringkat Tertinggi Mengenai Keselamatan Berbasikal di Brunei Darussalam bersama agensi-agensi berkepentingan di Hotel Centrepoint, Gadong.

Dialog ini dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Pengerusi MKKJR, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Ali Yil-Kabier bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Yang Dipertuan Persekutuan Basikal Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi MKKJR, Yang Berhormat Awang Haji Iswandy bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Duta MKKJR.  Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan daripada pelbagai Kementerian dan agensi yang berkaitan dan wakil persatuan-persatuan basikal di Brunei Darussalam juga turut hadir.

Matlamat Dialog ini adalah bagi memupuk perbincangan di kalangan pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkepentingan ke arah menangani jurang dan cabaran yang berkaitan dengan keselamatan berbasikal di negara ini.  Dialog ini telahpun menjemput Ms. Jo Yee Yung Fung, pakar daripada United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP).  Ms Yee pernah terlibat dalam perancangan Pelan PEngangkutan FIFA 2022 QATAR, Pelan Pengangkutan 2010 Olimpik Musim Salju dan Skim Pengongsian Basikal Awam Vancouver.

Dialog berkenaan diharapkan untuk menjawap kebimbangan yang semakin meningkat mengenai aktibiti berbasikal di jalan-jalan raya di negara ini.  “Cycling Poll” yang baru saja dikendalikan mengenalpasti kesimpulan yang diingini dan kekurangan yang ada pada masa ini bagi memantapkan lagi dasar-dasar, peraturan-peraturan dan inisiatif-inisiatif mengenai keselamatan berbasikal di Brunei Darussalam.


Haji Rozaly bin Haji Saidon
Pemangku Pengarah
Jabatan Pengangkutan Darat
Selaku Ketua Sekretariat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya
Attachments