Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 24 Ogos 2019 - Kawasan Navigasi Terhad di Sebahagian Sungai Brunei sempena Regatta Brunei Darussalam 2019

​Regatta Brunei Darussalam 2019 akan diadakan pada 25 Ogos 2019 di Sungai Brunei sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73.


Beberapa bahagian Sungai Brunei akan dihadkan penggunaannya pada hari Ahad 25 Ogos 2019 bagi Acara Regatta tersebut.

Kawasan-kawasan terhad adalah sepanjang Sungai Lampai sehingga Kampung Lorong Sikuna.  Kawasan-kawasan tersebut adalah terhad bagi kesemua pemandu-pemandu dan pengendali-pengendali bot mulai dari 6.30 pagi hingga 5 petang apabila acara di jangka untuk berakhir.

Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) ingin menasihati pemandu-pemandu dan pengendali-pengendali bot untuk tidak memasuki kawasan terhad yang tersebut dan meningkatkan kewaspadaan dalam berkemudi dengan menggunakan laluan allternatif sekitar kawasan terhad berkenaan.



Attachments