Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 24 Ogos 2019 - Operasi Penguatkuasaan separuh Tahun Pertama (Jabatan Pengangkutan Darat)
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) meneruskan lagi operasi-operasi bagi memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesejahteraan para pengguna jalan raya di negara ini dengan melaksanakan pemeriksaan dan rondaan oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang JPD melalui operasi bersepadu "On The Move" bersama pihak Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Seperti jua tahun tahun sebelum ini, JPD mengambil perhatian kepada pematuhan memandu dan keadaan kenderaan sama ada persendirian maupun komersil dan pengangkutan awam serta barangan. Sehingga pertengahan tahun 2019 ini sahaja, beberapa siri operasi telah dijalankan oleh JPD dimana hasilnya mendapati pelbagai jenis kesalahan dari segi peraturan dan undang-undang jalan raya telah dicatakan melalui operasi “on the move”antaralainnya :-

i) Sembilan (9) pemandu dikenakan kompaun bagi kesalahan menggunakan telepon bimbit ketika memandu berbanding enam (6) bulan pertama dari tahun lepas sebanyak sepuluh (10) pemandu dikenakan kompaun;

ii) Dua (2) pemandu dikenakan kompaun bagi kesalahan tidak menggunakan/memasang tali pinggang keselamatan atau tali keledar ketika memandu berbanding tujuh belas (17) pemandu dikenakan kompaun dari enam (6) bulan pertama tahun lepas. 

Semasa operasi terhadap kenderaan berat dan treler yang diletakkan bukan ditempat dibenarkan, JPD mendapati tiada kesalahan dicatatkan dikawasan-kawasan yang sering di pantau. Namun, demikian, dibeberapa kawasan lain, JPD telah mendapati kesalahan berkenaan dilakukan oleh pemandu/pemilik dimana kenderaan-kenderaan berat dan treler didapati diletakan dikawasan-kawasan tidak dibenarkan dan boleh membahayakan orang awam dan pengguna jalan raya lain. 

Di salah satu operasi yang diadakan pada malam Jumaat, 22 Ogos 2019, beberapa kenderaan berat dan treler milik Syarikat D & J TRANSPORT SERVICES dan Syarikat BRUNEI TRANSPORTING COMPANY telah didapati menyalahi peraturan dan undang-undang berkenaan. 

Manakala itu, seorang Pemandu asing kenderaan berat telah dikenakan kompaun $50 tepi jalan raya di kawasan Serasa pada 21 Ogos 2019 dan JPD juga telah mengeluarkan notis penggantungan sementara Lesen Sewa dan Upah selama tiga bulan kepada Syarikat Pengangkutan Brunei. 

Denda dan kompaun yang dikenakan kepada mana-mana pemandu yang tidak mematuhi Akta dan Peraturan bagi kesalahan meletakkan kenderaan di tempat yang bukan dikhaskan akan dikenakan kompaun seperti berikut:

Kesalahan Pertama : Lima Puluh Ringgit (B$50)
Kesalahan Kedua : Satu Ratus Lima Puluh Ringgit (B$150) 
Kesalahan Ketiga : Tiga Ratus Ringgit (B$300) 
Kesalahan Keempat: Lima Ratus Ringgit (B$500) 
Kesalahan Seterusnya: Pemandu boleh dihadapkan ke Mahkamah

Manakala Lesen Sewa dan Upah syarikat pengangkutan juga akan digantung bagi tempoh 3 bulan.

Sekali lagi JPD mengingatkan kepada semua pengusaha/pemilik syarikat-syarikat pengangkutan supaya akan dapat memastikan pemandu-pemandu kenderaan berat dan komersil milik syarikat masing-masing meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan dan bukannya di tepi-tepi jalan raya.  

JPD juga meningkatkan supaya pemandu-pemandu kenderan berat hendaklah mengamalkan pemanduan yang berhati-hati dan mengikut had laju yang ditetapkan terutama pada waktu malam. 

JPD tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan sebarang Kompaun, Mata Demerit SiKAP dan notis penggantungan Lesen Sewa dan Upah kepada mana-mana syarikat pengangkutan yang gagal mematuhi Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya.  

Senarai jenis-jenis kesalahan lalulintas berkaitan pemanduan iaitu bagi tempoh enam (6) bulan pertama semenjak bulan Januari hingga bulan Jun 2019 seperti berikut:



Mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya penggal 68, bagi kesalahan pertama adalah sebanyak $200.00, bagi kesalahan kedua sebanyak $400.00 dan bagi kesalahan ketiga boleh dihadapkan ke mahkamah. Sejumlah 12 mata demerit juga telah dikenakan.

Dalam kesempatan ini, JPD sukacita memohon kerjasama orang ramai khususnya para pengguna jalan raya untuk sentiasa mengutamakan keselamatan serta sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas disamping meningkatkan kewaspadaan semasa berada di jalan raya sama ada sebagai pemandu, pejalan kaki, penunggang basikal atau motorsikal.

Orang ramai dialu-alukan menghadapkan aduan dengan menghubungi Talian Darusalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp ke Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn dengan memberikan maklumat jelas seperti keterangan  kenderaan, pemandu dan kawasan kejadian berkenaan. JPD sangat mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk oranng awam dimana keselamatan jalan raya adalah merupakan tanggung jawab bersama.


Disediakan :
Haji Rozaly Haji Saidon
Pemangku Pengarah 
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Brunei Darussalam





Attachments