Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 18 September 2019- Aplikasi Mudah Alih TransportBN (TransportBN Mobile App)

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih TransportBN (TransportBN Mobile App) melalui penggunaan kemudahan Teknologi Info-Komunikasi (ICT).

Bagi para pengguna Android, orang ramai sudah dapat memuat-turun ‘Aplikasi Mudah Alih TransportBN’ melalui Google Play. Bagi para pengguna iOS pula, ‘Aplikasi Mudah Alih TransportBN’ akan dapat dimuat-turun melalui App Store dalam masa yang terdekat.

‘Aplikasi Mudah Alih TransportBN’ ini menyediakan fungsi-fungsi seperti Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP), Public Bus, Taxi, Driving License Renewal, Vehicle License Renewal dan lain-lain yang mana dihasratkan untuk:

1. Memudahkan orang ramai mengetahui sebarang Mata Demerit melalui SiKAP dan mengetahui kesalahan-kesalahan memandu yang berkaitan jika ada;

2. Mendapatkan maklumat mengenai laluan-laluan dan kod-kod bus awam di Negara ini;

3. Memudahkan orang ramai dan para pelancong memperolehi senarai nama dan menghubungi pemandu teksi bermeter di negara ini;

4. Sebagai pilihan orang ramai juga boleh membaharui Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu

tanpa perlu datang ke kaunter-kaunter perkhidmatan JPD dan Pejabat-Pejabat Pos;

5. Mengurangkan masa menunggu orang ramai daripada berurusan terus ke kaunter-kaunter membaharui Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu di JPD dan Pejabat-Pejabat Pos terutama semasa waktu-waktu puncak; dan

6. Meningkatkan mutu perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan dengan pengangkutan darat, udara dan laut.

Keupayaan “Aplikasi Mudah Alih TransportBN (TransportBN Mobile App)” ini akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan sektor pengangkutan yang lebih mesra pengguna kepada orang ramai.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai dengan “Aplikasi Mudah Alih TransportBN (TransportBN Mobile App)”, orang ramai bolehlah berhubung terus melalui emel transportBN@mtic.gov.bn ataupun melalui Talian Darussalam 123 atau WhatsApp +(673)8333123 atau emel: info@123.com.bn.

Attachments