Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 25 September 2019 - Perlaksanaan Perkhidmatan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan
Dalam usaha menangani ancaman keselamatan siber di peringkat kebangsaan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan ini memaklumkan perlaksanaan perkhidmatan keselamatan siber untuk sektor awam, swasta dan masyarakat umum di Negara Brunei Darussalam.

Perkhidmatan-perkhidmatan keselamatan siber ini dihasratkan untuk memastikan kepentingan seperti berikut :

(i) Meningkatkan tahap kesedaran ancaman siber di sektor awam dan swasta terutamanya perlindungan keselamatan terhadap Critical Information Infrastructure (CII) di NBD ;

(ii) Meningkatkan keupayaan respon terhadap insiden siber melalui pengurusan krisis siber yang lebih efektif ;

(iii) Meningkatkan keupayaan penguatkuasaan undang-undang dalam menangani ancaman siber melalui perkhidmatan National Digital Forensics Laboratory; dan

(iv) Meningkatkan tahap kesedaran awam mengenai ancaman siber

Ketiga-tiga perkhidmatan yang akan dikendalikan oleh Syarikat Information Technology Protective Security Services Sendirian Berhad (ITPSS) adalah seperti berikut :

(i) Cyberwatch Centre ;

(ii) National Cyber Incident Response Centre melalui Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT) ; dan

(iii) National Digital Forensics Laboratory
 
Sehubungan ini, bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan tersebut, agensi kerajaan, swasta dan orang awam bolehlah melayari laman sesawang www.brucert.org.bn ataupun melalui hotline 2458001.

  
Dikeluarkan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam



Attachments