Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 9 Oktober 2019 - Perutusan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2019

Perutusan

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib

bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof,

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

 Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2019

 

Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Oktober bagi meraikan pentingnya peranan pos dalam kehidupan seharian, sama ada bagi tujuan peribadi, perniagaan mahupun rasmi. Bertemakan 'Delivering Development', sambutan ulang tahun Kesatuan Pos Sedunia ke-145 pada tahun ini menggambarkan usaha berterusan sektor perkhidmatan pos untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dan perkembangan sejagat.

Perkhidmatan pos merupakan antara rangkaian perhubungan yang terbesar dengan lebih 668,000 pejabat pos dan 5.3 juta orang pekerja pos di seluruh dunia. Di Negara Brunei Darussalam, sebanyak 21 buah cawangan pejabat pos telah ditubuhkan disamping wakil-wakil pos yang turut dilantik memberikan perkhidmatan pos kepada penduduk-penduduk luar bandar bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan sejagat (Universal Service Obligation).

Perkhidmatan pos juga terus menekankan komitmen dan dedikasi dalam memudahcara perhubungan orang ramai melalui transformasi digital selain bagi mendokong peningkatan e-dagang antarabangsa dimana Kesatuan Pos Sedunia telah merekodkan peningkatan sebanyak 110% dalam express items sejak 10 tahun yang lalu.

Perkhidmatan pos di Negara ini turut mengalami peningkatan sebanyak 100% dalam jumlah paket dan bungkusan yang dikendalikan dari tahun 2010 sehingga 2018.  Peningkatan ini menggambarkan kecenderungan pengguna kepada paket kecil dan bungkusan selaras dengan perkembangan e-dagang antarabangsa. Ini setentunya memerlukan perkhidmatan pos yang bergerak pantas bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan . 

Dalam hal  ini, salah satu keutamaan strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi adalah bagi pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos yang disasarkan pada tahun 2020. Pengkorporatan ini dihasratkan akan dapat mentransformasi sektor perkhidmatan pos menjadi sebuah sektor yang lebih memudahcara perkembangan sosio-ekonomi melalui perkhidmatan pos yang lebih efisien, berdayasaing, terjamin dan berdayatahan (sustainable). 

Oleh itu, inovasi dan pendekatan berteraskan pelanggan perlu ditanamkan dikalangan pengendali pos bagi mengukuhkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada dan mempelbagaikan lagi produk-produk nilai tambah dimasa yang akan datang.  Pendekatan ini adalah penting bagi mendukung perkembangan pelbagai aktiviti di sektor ekonomi yang lain, dan seterusnya merealisasikan Wawasan Brunei 2035. 


 


Attachments