Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 28 Oktober 2019 - Majlis Pembukaan Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 Hijrah
​Sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-jabatan di bawahnya serta Pihak-pihak berkuasa telah mengadakan Pembukaan Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad S.A.W, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.

Hadir di majlis tersebut ialah Haji Mohammad Nazri Bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi (AITI); Ketua Eksekutif Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD); Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-jabatan di bawahnya dan Pihak-pihak berkuasa.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengiran Haji Md Ismail bin Pg Hj Tuah, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan seterusnya dikuti dengan bacaan Dikir Assalamualaika beramai-ramai. Dikir Asyarakal seterusnya dilaungkan sebaik selesai menunaikan sembahyang Fardhu Isya berjemaah.

Majlis pembukaan dikir pada malam tersebut menandakan bermulanya laungan Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W yang akan berlangsung selama 12 malam berturut -turut.


Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan mengadakan  majlis dikir dua belas malam berturut-turut di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei disamping menghadiri jemputan dikir di beberapa buah masjid di kawasan Daerah Brunei Muara.

 



Disediakan oleh:
Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Tarikh: 28 Oktober 2019

 



Attachments