Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 8 November 2019- Majlis Penutup Dikir Maulud Dua Belas Malam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Di Seluruh Negara Bagi Tahun 1441Hijrah
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa mengadakan Majlis Penutup Dikir Dua Malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1441H pada petang ini, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pengiran Haji Mohd Ismail bin Pengiran Haji Tuah, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Majlis diteruskan dengan persembahan dikir beramai-ramai yang dimulakan dengan Dikir Assalamualaika dan diikuti dengan Dikir Syarafil Anam. Persembahan Dikir diteruskan selepas Sembahyang Fardhu Isya’ dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.


Turut hadir di Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi & Korporat), Ketua Pegawai Eksekutif AITI, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.



Majlis Dikir ini merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan di bawahnya dengan tujuan untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diraikan di negara ini sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Di samping itu, ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara para pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Ianya juga dihasratkan untuk memohon ganjaran yang berlipat ganda bagi orang-orang Islam yang berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


Attachments