Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 24 November 2019 - Pembukaan Rasmi Bulan Kesedaran Cuaca dan Kutipan Derma Amal Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Majlis pembukaan rasmi bulan kesedaran cuaca dan kutipan derma amal kelolaan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah diadakan pada pagi ini di Taman Haji Sir Muda ‘Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Awang Muhamad Husaini bin Aji, Pengarah Kajicuaca selaku Pengerusi Majlis. Acara diteruskan dengan pembukaan rasmi Bulan Kesedaran Cuaca dan Kutipan Derma Amal oleh Tetamu Kehormat Majlis di Meteorological Garden yang mempamerkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk
pencerapan cuaca dan juga poster-poster yang bertemakan cuaca dan iklim. Selain itu, aktivitiaktiviti bagi kanak-kanak yang bertemakan kajicuaca juga turut diadakan seperti pertandingan
mewarna, face painting, crosswords dan join the dots.

Selain daripada mempromosikan bulan kesedaran cuaca, acara ini juga diselajurkan dengan aktiviti kutipan derma amal khusus bagi membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas di Unit Pendidikan
Khas dalam pembelajaran dan peralatan-peralatan khas mereka. Acara ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan Kementerian
Pengangkutan dan Infokomunikasi yang berterusan terhadap masyarakat di Negara ini.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk turut menyumbang bagi menjayakan usaha amal ini dan derma boleh disampaikan terus ke Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam. Kutipan derma ini juga
akan terus dijalankan oleh kakitangan Jabatan Kajicuaca pada setiap hari Ahad, di Bandarku Ceria, bermula pada 24 November 2019 hingga 12 Januari 2020. 

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abd Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan); Pemangku Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi (AITI); Pengarah-Pengarah; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan JabatanJabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa; dan jemputan-jemputan khas.


Disediakan oleh:
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


Attachments