Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 27 November 2019 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa bagi Tahun 1441H / 2019M
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1441H / 2019M pada pagi ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan Pengangkutan Darat.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Dalam menyemarakkan acara sambutan ini, majlis turut diserikan dengan ceramah bertajuk "Meneladani Muamalat Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam" yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Awang Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, CyberSecurity, Strategi dan Korporat); Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan); Yang Mulia Ketua-Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.


Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Korporat
Kementerian Pengangkutan dan InfoKomunikasi


Attachments