Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 8 Disember 2019 - Pemberigaan Keselamatan Jalan Raya Di Bandarku Ceria

​Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dengan kerjasama Brunei Shell Company Sdn. Bhd. (BSP) telahpun mengadakan aktiviti “Road Traffic Games” semasa acara Majlis Pelancaran Brunei December Festival 2019 sempena Bandarku Ceria hari ini sebagai pelancaran awal aktiviti-aktiviti MKKJR Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Kemalangan Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia Tahun 2019.  Aktibiti berkenaan adalah usaha dibawah BSP Traffic Games bagi meningkatkan kesedaraan amalan-amalan pemanduan selamat khususnya kepada kanak-kanak sekolah yang merupakan salah satu kumpulan sasaran bagi MKKJR.



Selain daripada aktibiti pagi ini, aktibiti-aktibiti yang telah dijadualkan sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Kemalangan Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia Tahun 2019 ialah Forum Khas, Pertandingan membuat video, kempen-kempen derma darah, majlis ratib al-atas, kempen berikrar dan aktiviti larian amal.

Pada tahun ini, sambutan Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia membawa tema "Life is not a car part”. Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia ini merupakan inisiatif antarabangsa yang bertujuan untuk memperingati mangsa-mangsa lalu lintas jalan raya serta keluarga mereka yang turut terkesan akibat kemalangan jalan raya.  Selain itu, inisiatif ini juga memberikan peluang untuk menggariskan peranan pelbagai pihak yang terlibat seperti perkhidmatan perubatan dan kecemasan, penyelamat, sektor swasta, penyelidik dan akademia, serta masyarakat umum dalam menangani kesan dan akibat dari kemalangan jalan raya.



Dalam kesempatan ini, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika berada di jalan raya, dan sentiasa mengamalkan sikap memandu yang berhemah, seperti menggunakan tali pinggang keselamatan serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Disamping itu juga, adalah penting untuk sentiasa memastikan kenderaan secara keseluruhan adalah dalam keadaan baik dan bagi mengelakkan sebarang pengubahsuaian kenderaan yang tidak dibenarkan. Dalam sama-sama memastikan juga untuk tidak mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain melalui sikap berlumba-lumba serta keadaan pemandu yang letih dan mengantuk, maka matlamat keselamatan yang disasarkan demi kesejahteraan dan kebaikan semua pengguna jalan raya akan tercapai.


Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Korporat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi



Attachments