Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 12 Disember 2019 - Kempen Menderma Darah Sempena Memperingati Mangsa-Mangsa Lalulintas Jalan Raya Sedunia 2019

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dengan kerjasama Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada pagi ini mengadakan Kempen Derma Darah sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalulintas Jalan Raya Sedunia 2019, bertempat di Times Square Shopping Complex.

Hadir bagi menjayakan kempen tersebut ialah Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan); Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) serta para pegawai dan kakitangan JPD dan sekretariat MKKJR.

Seramai 61 orang penderma darah tampil pada kempen tersebut yang bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 2:00 petang.




Kempen ini merupakan salah satu lagi aktibiti MKKJR Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Kemalangan Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia Tahun 2019.  Antara tujuan kempen ini ialah untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat serta memberi peluang kepada orang ramai termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa, disamping untuk memupuk kesedaraan tentang pentingnya untuk meningkatkan jumlah simpanan tabung darah bagi kegunaan Pusat Menderma Darah termasuk bagi kegunaan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pesanan utama yang ingin disampaikan melalui kempen ini ialah pentingnya untuk sama-sama meningkatkan keselamatan jalan raya dengan menanamkan sifat keprihatinan dan kesedaran untuk sentiasa memandu dengan berhemah dan berhati-hati.  
 
Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Korporat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments