Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 28 Disember 2019 - Perkhemahan Belia Road Safety

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah mengadakan aktiviti Perkhemahan Belia Road Safety pada hari ini. Perkhemahan yang diadakan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ini adalah salah satu aktiviti MKKJR sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalulintas Jalan Raya Sedunia 2019.

Peserta-peserta Perkhemahan Belia Road Safety ini menumpukan kepada belia-belia yang merupakan salah satu kumpulan sasaran bagi MKKJR.  Melalui Perkhemahan ini, mereka telah diberikan pendedahan mengenai amalan-amalan pemanduan selamat seperti kepentingan First Aid yang dikongsikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah; Pemanduan Berhemah 3K disampaikan oleh Persatuan PEMODA serta Basic Tyre Safety oleh Syarikat Automagination Sdn Bhd..

Program selama sehari ini turut dimuatkan dengan aktiviti E-Poster Design di mana belia dan beliawanis berpeluang untuk bekerjasama secara berkumpulan dalam menghasilkan E-Poster Design tersebut.  Aktiviti ini bertujuan untuk lebih menerapkan nilai-nilai pemanduan berhemah dan untuk lebih mengetengahkan lagi mesej-mesej keselamatan jalan raya dimana E-Poster Design yang terpilih akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti MKKJR yang akan datang.

Hadir bagi menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, MTIC.  Turut hadir semasa acara tersebut adalah Yang Mulia Dayang Florence Chong, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan), MTIC selaku Setiausaha MKKJR, dan Yang Mulia Awang Haji Aminuddin bin Haji Mohd Taib, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat), MTIC.

Attachments