Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 27 Mac 2020 - Perubahan Prosedur Perkhidmatan-Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat

Dalam usaha bersama mengurangkan keramaian orang ramai ke kaunter-kaunter dalam membendung risiko jangkitan COVID-19 di Negara ini, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan ini memaklumkan kepada orang ramai mengenai perubahan prosedur perkhidmatan-perkhidmatan kaunter mulai 28 Mac 2020 seperti berikut:

1.       Perkhidmatan-perkhidmatan  yang ditangguhkan  buat  sementara  sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian seperti berikut:

a)       Permohonan endos bagi Lesen Memandu;

b)       Permohonan baru bagi semua kelas Lesen Memandu;

c)        Permohonan baru bagi Ujian Kod Jalan Raya (Highway Code) dan Ujian Memandu, bagi semua kelas Lesen Memandu;

d)       Menggantung Bilangan Pendaftaran;

e)       Menyerah Bilangan Pendaftaran; dan

f)        Pengubahsuain dan Logo

 

2.       Perkhidmatan-perkhidmatan yang diteruskan tetapi hanya boleh dibuat atas talian (online) melalui portal e-darussalam iaitu  www.gov.bn atau aplikasi mudah alih TransportBN seperti berikut:

a)       Membaharui  Lesen  Memandu  Kelas  1  dan  3  termasuk  tempoh mansuhnya yang kurang dari 30 hari. Ini tidak termasuk pemegang Lesen Memandu Kelas 1 dan 3 yang berumur 70 tahun dan ke atas; dan

b)       Membaharui Lesen Kenderaan termasuk yang  tempoh mansuhnya kurang dari 30 hari. Ini tidak termasuk kenderaan Sewa dan Upah, Motor Dealer General Licence dan kenderaan yang dikecualikan dari bayaran Lesen Kenderaan.

 

JPD  juga  ingin  mengongsikan perkembangan  terbaru  bagi pembaharuan Lesen Kenderaan yang dibuat melalui perkhidmatan atas talian seperti berikut:

a)       Sijil Kelayakan Kenderaan (Roadworthiness Certificate) tidak perlu di hadapakan secara fizikal ke kaunter JPD bagi kenderaan persendirian yang berumur lebih (7) tahun dan kenderaan komersial. Ianya akan terus dihadapkan oleh syarikat-syarikat Stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS) ke JPD;

b)       Kad atau Buku Pendaftaran Kenderaan juga tidak perlu dihadapkan secara fizikal ke kaunter JPD. Pemohon akan diberikan Pengesahan Pembaharuan Lesen Kenderaan dalam bentuk pelekat untuk dilekatkan di dalam Kad atau Buku yang dimaksudkan; dan

c)        Orang  ramai  adalah  digalakkan  mengambil  pilihan  penghantaran melalui pos bagi mengurangkan interaksi di kaunter-kaunter pengambilan. Dari itu, pemohon perlu memastikan alamat yang diberikan adalah betul.

 

3.       Perkhidmatan Kaunter Warga Emas bagi Permohonan pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan masih berjalan seperti biasa untuk sementara waktu di kaunter yang dikhaskan sahaja.

 

4.       Perkhidmatan-perkhidmatan kaunter JPD yang lain masih beroperasi seperti biasa pada hari-hari bekerja bermula 8 pagi hingga 2 petang.

 

Sementara itu, JPD juga ingin memaklumkan bahawa permohonan bagi pembaharuan Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu di Pejabat-Pejabat Pos adalah ditangguhkan buat sementara hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Talian 123 atau emel kepada  info_ltd@land-transport.gov.bn.


JPD ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dihadapi oleh orang ramai dengan perubahan  tatacara menghadapkan  permohonan  dan  penangguhan permohonan  bagi beberapa perkhidmatan-perkhidmatan  kaunter  di Jabatan  ini.


Dikesempatan ini,  JPD mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan kerjasama orang ramai dalam sama- sama menangani virus COVID-19.

 

Pengarah Pengangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Tarikh: 27 Mac 2020

Attachments