Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 27 Mac 2020 - Notis Makluman COVID-19

Dalam mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) di seluruh negara, JPP akan terus mengikut perkembangan terkini keadaan dan situasi berhubung COVID-19. Sehubungan itu, JPP akan terus komited dalam memastikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan  adalah selaras  dengan  saranan  Kementerian  Kesihatan  bagi memastikan mengurangkan penularan COVID-19, terutamanya kepada pelanggan-pelanggan JPP.


Selaras dengan siaran akhbar Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), bertarikh 27 Mac 2020M bersamaan 02 Sya'ban 1441H, JPP akan mula menangguhkan buat sementara perkhidmatan membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan di kesemua cawangan JPP. Orang ramai adalah disarankan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian (online) dengan melayari  www.gov.bn atau menggunakan aplikasi mudah alih TransportBN.


Walaubagaimanapun,   perkhidmatan   pos   yang   lain   masih  beroperasi   seperti   biasa.   Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian +673 238 0481 atau +673 8711002 (Whatsapp) atau emel cscpost@post.gov.bn.

 

 

Disediakan oleh:

Jabatan Perkhidmatan Pos

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

Attachments