Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 19 Mei 2020 - Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya Serta Pihak-Pihak Berkuasa bagi Tahun 1441H/2020M

Penyampaian derma melalui pandu lalu kepada anak-anak yatim Kementerian Pengangkutan dan Infokumunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa yang dikelolakan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam telah diadakan pada pagi ini di Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis didahului dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Imam Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas (LTAB).


Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 26 orang anak yatim oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof,  Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan; Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim,  Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi); dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abd Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan).


Majlis ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian dalam memeduli dan meraikan anak-anak yatim khususnya di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Dengan sumbangan ini juga diharap dapat memenuhi keperluan perbelanjaan harian anak-anak yatim disamping menggembirakan dan menceriakan mereka dan keluarga mereka dalam membuat persediaan menyambut bulan Syawal yang mulia, sekaligus menguatkan lagi sifat bantu-membantu dan tidak camah mata dikalangan pegawai dan kakitangan Kementerian.

 

 

Disediakan oleh:

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam


Attachments