Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Juma’at 14 Ogos 2020 - Sesi Wawancara Rampai Pagi "Digital Economy Masterplan"

Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin [Haji Yusof], Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan InfoKomunikasi selaku Setiausaha kepada Majlis Ekonomi Digital (Digital Economy Council) pada siaran Rampai Pagi hari ini telah mengongsikan visi Negara Pintar melalui Transformasi Digital (‘Smart Nation through Digital Transformation’) dan misi untuk mendorong dan meningkatkan pertumbuhan sosio- ekonomi Negara Brunei Darussalam melalui transformasi digital (‘To drive and enhance Brunei Darussalam’s socio-economic growth through digital transformation’).  

Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, yang telah diperkenalkan pada 04 Jun 2020 lepas, bertujuan untuk mendokong objektif Wawasan Brunei 2035, iaitu, kualiti kehidupan yang tinggi (High Quality of Life), negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya (Highly Educated and Skilled Workforce) dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan (Sustainable and Dynamic Economy). 





Attachments