Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 25 Ogos 2020 - Ceramah Khas sempena Awal Tahun Hijrah 1442
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa pada pagi ini mengadakan Ceramah Khas Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1442H bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa di bawahnya. Acara diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jalan Menteri Besar dan dikelolakan pada tahun ini oleh Jabatan Pengangkutan Darat.

Hadir di ceramah khas tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Ceramah khas bertajuk “Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Memacu Pembangunan Umat” telahpun disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). 

Acara ini merupakan aktiviti keugamaan tahunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa dibawahnya bertujuan bagi menyemarakkan hari-hari Kebesaran Islam disamping bertujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, CyberSecurity, Strategi dan Korporat) serta Yang Mulia Ketua-Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD), Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa dibawahnya. 


Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam  Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi



Attachments