Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 28 Ogos 2020 - Sidang Media Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) – rebiu pertengahan tahun statistik kemalangan dan kesalahan jalan raya

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya hari ini telah mengadakan satu Sidang Media bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengenai rebiu pertengahan tahun perangkaan kemalangan dan kesalahan jalan raya. Sidang Media dihadiri oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ambassador Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya, Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi, Yang Mulia Hj Rozali bin Hj Saidon, Pengarah Pengangkutan Darat dan Yang Mulia Penguasa Kanan Polis, Pengiran Haji Abdul Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Pasukan Polis DiRaja Brunei.

Dari bulan Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 506 kes kemalangan jalanraya yang dicatatkan, daripada jumlah itu, seramai enam (6) kehilangan nyawa dimana telahpun didapati samada pemandu atau penumpang yang terkorban tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa kejadian berlaku. Ini adalah hasil dari laporan-laporan awal yang disediakan dan juga lawatan-lawatan ke tapak kejadian serta penelitian lanjut dari sudut kecederaan mangsa yang terkorban dan kerosakan yang dialami oleh kenderaan serta aspek-aspek lain yang berkaitan.

Statistik daripada JSKLL bagi pertengahan tahun iaitu Januari hingga Jun, mendapati perbandingan dari tahun 2018 dan 2019, terdapat pengurangan jumlah kes kemalangan sebanyak 47 kes manakala perbandingan dari tahun 2019 dan 2020, sebanyak 80 kes kemalangan berkurangan. Dari segi jumlah kes kemalangan maut pada tempoh masa yang sama, terdapat pengurangan dari jumlah 10 kes pada tahun 2018, menurun ke 8 kes pada tahun 2019 dan pada tahun 2020 berjumlah 6 kes kemalangan maut.

Pihak JSKLL ingin mengingatkan adalah mustahak dengan menggunakan talipinggang keselamatan, jika berlakunya kemalangan dapat menghindarkan pemandu dan penumpang daripada terpelanting/terhumban atau terhentak kepada hadangan dihadapan seperti cermin hadapan, dashboard, steering wheel dan seumpamanya.

Disamping itu, perangkaan pertengahan tahun hasil daripada Rondaan Penguatkuasaan JPD sebanyak 97 kesalahan pada tahun 2019 dan sebanyak 151 kesalahan didapati pada tahun 2020. Manakala melalui aduan orang awam serta Talian Darussalam dicatatkan sebanyak 400 aduan pada tahun 2019 dan 175 pada tahun 2020.

Antara jenis-jenis kesalahan yang didapati sering dilakukan adalah: membawa muatan berlebihan sebanyak 112 kesalahan, tayar tidak berbunga sebanyak 72 kesalahan, tidak mengunakan tali pinggang keledar sebanyak 24 kesalahan dan 15 pemandu didapati menggunakan telefon semasa memandu.

Orang ramai adalah diseru untuk sama-sama mengambil berat tentang keselamatan jalan raya dan mengunakan Talian Darusaalam 123 untuk membuat sebarang aduan mengenai kelamatan jalan raya .

Pihak JPD ingin mengingatkan orang ramai bagi sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya di Negara ini dan memandu dengan berhemah serta meningkatkan kewaspadaan mengenai kenderaan-kenderaan seperti tidak membuat sebarang pengubahsuaian kenderaan termasuk segi reka bentuk, sistem pendawaian elektronik atau enjin kenderaan disamping mendapatkan khidmat pemeliharaan dan pemeriksaan kenderaan oleh bengkel-bengkel yang diiktiraf oleh JPD.

Salah satu aspek penting dalam menangani keselamatan jalan raya adalah kesedaran awam. MKKJR meneruskan dan meningkatkan usaha-usaha memberigakan dan meningkatkan budaya keselamatan jalan raya di lalukan melalui pelbagai cara, termasuk melalui media massa seperti televisyen dan radio, media sosial, kaunter-kaunter kerajaan, laman web serta melalui kaedah Road Safety Pledging yang telah mencapai 10,760 pledges sejak 1 Disember 2018.

Dengan Kerjasama pihak Kementerian Pendidikan, topik khas mengenai keselamatan jalan raya telah diserapkan salam sukatan mata pelajaran Melayu Islam Berasa bagi semua penuntut dari Tahun 1 ke Tahun 10 di sekolah-sekoleh kerajaan bagi seluruh negara.

Disamping itu, beberapa Pertandingan telah diadakan termasuk Peraduan Pembuatan Video Keselamatan Jalan Raya. Satu pertandingan Pertandingan Menulis Storyboard bagi  sebuah game berunsurkan keselamatan jalan raya juga akan dimulakan pada awal bulan September 2020. MKKJR berharap ini akan memupuk budaya keselamatan jalan raya bermula dari usia enam (6) tahun melalui Aplikasi Permainan dalam talian (on-line games). Permainan dalam talian ini akan mendedahkan dan sekaligus mendidik serta membangun budaya bagi kanak- kanak mengenai aspek-aspek keselamatan di jalan raya. Dengan pendedahan kepada kanak-kanak tersebut, adalah diharapkan mereka sendiri dapat menerapkan nilai-nilai keselamatan jalanraya bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada ibu-bapa serta keluarga dan rakan sebaya.

MKKJR menyeru supaya orang ramai membudayakan tabiat keselamatan jalan raya samada sebagai pemandu kereta, penunggang motosikal dan basikal, penumpang kenderaan bahkan pejalan kaki. Semua pengguna jalan raya sama-sama mempunyai tanggungjawab dan memainkan peranan dalam menjaga diri kita sendiri dan orang di sekeliling termasuk harta benda. Sikap dan budaya mengutamakan keselamatan jalan raya akan membantu kita mengelakkan dari berlakunya kemalangan dan adalah penting bagi keselamatan semua. MKKJR berharap orang ramai akan menjadi pengguna jalan raya yang lebih  cermat prihatin, berhati-hati, berwaspada, bertimbang rasa dan berhemah.  Ini termasuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalanraya dan lalu lintas.

Antara sikap yang penting adalah menggunakan tali pinggang keledar bukan sahaja untuk mengelakkan pengenaan denda kompaun dan demerit tetapi atas prinsip kesedaran bahawa ianya bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa apabila terlibat dalam kemalangan tetapi untuk menyerapkan kepada minda semua bahawa keselamatan itu adalah utama dalam aspek kehidupan, masyarakat dan perkongsian jalan raya untuk semua.

"Hadiah terbaik untuk keluarga awda adalah apabila awda sampai  ke rumah dengan selamat."

Attachments