
10 Muharram 1442 / 29 Ogos 2020
1. Bermula 22 Mac 2020, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mula menggunakan perkhidmatan Talian Darussalam 123 (TD123) bagi pengaktifan akaun e-Darussalam sebagai initiatif bagi memudahkan orang ramai untuk mengaktifkan akaun e-Darussalam secara diatas talian tanpa memerlukan pengunjungan orang ramai ke kaunter-kaunter e-Darussalam di jabatan-jabatan Kerajaan yang dikhaskan.
2. Untuk makluman orang ramai, kaunter-kaunter yang sedang beroperasi pada masa ini akan dihadkan bagi tujuan mengggalakkan penyediaan tatacara pengaktifan e-Darussalam yang baru menggunakan Talian Darussalam 123 (TD123) secara diatas talian sepenuhnya.
3. Sehubungan ini, bermula 1 September 2020, Kaunter pengaktifan akaun e-Darussalam hanya akan dihadkan pembukaannya kepada empat cawangan sahaja iaitu satu cawangan di setiap daerah. Waktu-waktu pembukaan kaunter bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga jam 3.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan hari Sabtu. Manakala pada hari Jumaat, kaunter dibuka pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi.
Daerah | Kaunter Pengaktifan | Alamat |
Brunei-Muara | Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat. | Kampung Mata-Mata Gadong Bandar Seri Begawan BE1710 Negara Brunei Darussalam |
Tutong | Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Tutong. | Jalan Sungai Basong Tutong TA1541 Negara Brunei Darussalam |
Belait | Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Belait. | Jalan Setia Diraja Belait KA3131 Negara Brunei Darussalam |
Temburong | Jabatan Pengankutan Darat Cawangan Temburong | Pekan Bangar Temburong PA1151 Negara Brunei Darussalam |
4. Untuk makluman orang ramai, anggaran tempoh pengaktifan bagi pendaftaran-pendaftaran melalui TD123 adalah seperti berikut:
Perkhidmatan | Anggaran Tempoh Akaun Akan Aktif |
Mengaktifkan Akaun e-Darussalam | 1 hari (24 jam) |
5. Dikesempatan ini, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan ingin mengalu-alukan orang ramai untuk mengaktifkan akaun e-Darussalam secara diatas talian melalui aplikasi WhatsApp di talian 8333123 atau emel ke info@td132.com.bn. Ilustrasi cara-cara untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun e-Darussalam disertakan bersama kenyataan ini sebagai panduan.
6. Orang ramai boleh juga melayari www.123.gov.bn atau mengikuti media social (Instagram, Facebook & Twitter @TD123).
Disediakan Oleh:
Unit Perhubungan Korporat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Bandar Seri Begawan BB3910
Negara Brunei Darussalam