Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 24 September 2020 - Sambutan Hari Maritim Sedunia Dan Sambutan Ulangtahun Ke Tiga Penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) Tahun 2020

Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) telah mengadakan sembahyang fardhu Maghrib, sunat Hajat berjemaah dan doa kesyukuran sempena Sambutan Hari Maritim Sedunia dan Sambutan Ulang tahun ke tiga Penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) tahun 2020. Majlis diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah MPABD, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Eksekutif MPABD, ahli-ahli Lembaga Pengarah MPABD, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, agensi-agensi di bawahnya serta warga kerja MPABD.

Majlis ini merupakan acara tahunan sambutan Hari Maritim Sedunia dan diselajurkan dengan memperingati ulang tahun penubuhan ke tiga MPABD pada 28 September 2017. Sambutan Hari Maritim Sedunia pada tahun ini disambut pada 24 September 2020 dengan Tema "Sustainable Shipping for a Sustainable Planet". Tema tersebut telah dipilih oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk meningkatkan kesedaran mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengetengahkan kerja-kerja IMO serta negara-negara ahlinya ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Majlis ini telah diadakan dengan mengambil langkah-langkah pengawalan wabak COVID-19 yang masih dikuatkuasakan mengikut nasihat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Attachments