Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 8 Oktober 2020 - Langkah-Langkah Pengawalseliaan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Keatas Bengkel-Bengkel Kenderaan dan Stesen-Stesen Pemeriksaan Kenderaan (Vehicle Inspection Stations (VIS)) Berikutan Sidang Media Kementerian Pengangkutan dan Info

Jawapan Bagi Soalan Mengenai Kejadian-Kejadian Kenderaan Terbakar Pada Sidang Media 05 Oktober 2020

 

BilSoalanJawapan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
1Berapa sudah insiden yang melibatkan kenderaan terbakar?

Kejadian kenderaan terbakar yang tertinggi dicatit adalah pada tahun 2017 dimana sebanyak 101 kes telah diterima, mengikut rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat.  Pada tahun ini, saja, setakat 5hb Oktober 2020, sebanyak 64 kes telah dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

 

Kekerapan kejadian ini, menimbulkan kerisauan dan telah mencetuskan keperluan bagi satu kajian untuk dilaksanakan bagi memahami dan mendapatkan punca-punca yang berkemungkinan terjadinya kebakaraan kenderaan tersebut. Kajian ini telah dilaksanakan oleh pihak MTIC dibantu oleh agensi-agensi pihak ketiga dan telah melibatkan mangsa-mangsa kejadian kenderaan terbakar pada bulan Ogos hingga September 2020.

 

Salah satu dapatan kajian tersebut, bersama dengan penelitian Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) terhadap keberadaan bengkel-bengkel yang berleluasan di Negara Brunei Darussalam, adalah terdapatnya bengkel-bengkel yang tidak berdaftar dengan pihak-pihak yang sepatutnya, tetapi, menjalankan operasi yang seharusnya memerlukan pengiktirafan.

 

Oleh itu, saya (Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi) menasihati pemilik-pemilik

premis-premis bengkel-bengkel untuk tampil memberikan kerjasama dengan memohon pendaftaran

sebagai bengkel yang diiktiraf di bawah JPD.

 

Di kesempatan ini juga, saya (Yang Berhomat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi) juga ingin

menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa bijak dalam penghantaran kenderaan untuk

pemeliharaan dan sentiasa mengikuti jadual pemeliharaan di bengkel-bengkel kenderaan yang berdaftar.



1. Berikutan sidang media Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) yang telah diadakan pada 05 Oktober 2020 di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengenai kejadian-kejadian kenderaan terbakar yang semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai langkah-langkah pengawalseliaan keatas Bengkel-Bengkel Kenderaan dan Stesen-stesen Pemeriksaan Kenderaan (Vehicle Inspection Stations (VIS)).

2. Sehubungan ini, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin menasihati kepada pemilik-pemilik enam belas (16) buah (Vehicle Inspection Stations (VIS)) untuk memberikan kerjasama sebagai bengkel yang diiktiraf di bawah Jabatan Pengangkutan Darat bagi menambahbaikkan pemeriksaan teknikal aspek yang wajib diperiksa oleh setiap VIS ke atas semua kenderaan yang berumur tujuh (7) tahun keatas untuk meliputi pemeriksaan bawah kenderaan iaitu under-carriage, pendawaian (wiring) dan bateri. 

3. Manakala bagi bengkel-bengkel kenderaan yang sudah beroperasi yang belum berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sepertimana yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi pada sidang media 05hb Oktober 2020, adalah dinasihati untuk memberikan kerjasama bagi tampil memohon pendaftaran sebagai bengkel yang diiktiraf di bawah JPD.

4. Jabatan Pengangkutan Darat dan agensi-agensi penguatkuasaan akan sentiasa melaksanakan tinjauan bagi memastikan bengkel-bengkel untuk sentiasa mempamerkan kelas pengiktirafan masing-masing. Usaha-usaha akan dibuat untuk melakukan pemeriksaan-pemeriksaan rambang ke premis bengkel-bengkel dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan bagi memastikan peraturan dan piawaian keselamatan adalah sentiasa dipatuhi. Agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak individu atau bengkel-bengkel yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang berjalan dari masa kesemasa.

5. Orang ramai juga dapat menghubungi Talian Darusalam melalui 123, Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn dengan menyertakan gambar-gambar mengenai bengkel-bengkel yang dipercayai terbabit.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

19 Safar 1442H / 07 Oktober 2020M



Attachments