Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 14 Nov 2020 - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang-Pemenang Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya
Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan kepada Pemenang-Pemenang Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya anjuran MKKJR dan Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi (MTIC) pada petang ini, bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi (MTIC).

Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya dengan bertemakan 'Life is not a car part ini telah di bukakan kepada orang ramai pada 9 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020. Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya ini dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya melalui penggunaan new media platform kepada orang ramai khususnya belia-belia untuk sentiasa mengutamakan sifat kewaspadaan dan rasa tanggungjawab yang besar dalam mematuhi undang-undang dan peraturan ketika di jalan raya.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Yang Mulia Nor Iswandi bin Haji Rajali, Chief Technical Officer / Penganalisa Sistem Kanan selaku Ketua Jawatankuasa Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya.

Tempat Pertama disandang oleh Muhammad Aqil Faiz bin Abdullah dengan memenangi hadiah tunai BND $2,000.00 dan sijil penghargaan, Tempat Kedua disandang oleh Muhammad Nazmi Zikry bin Hj Joharry dengan memenangi hadiah tunai BND $1,500.00 dan sijil penghargaan. Tempat Ketiga disandang oleh Dayang Cahaya binti Harlif, dengan memenangi hadiah tunai BND $1000.00 dan sijil penghargaan. Manakala, pemenang bagi kategori 'Video Pilihan Ramai' dengan undian 'Like' terbanyak di media sosial Instagram MKKJR disandang oleh Muhammad Aqil Faiz bin Abdullah dengan memenangi hadiah tunai BND $500.00.

Majlis juga menyampaikan hadiah saguhati dan sijil penghargaan kepada tujuhbelas (17) video penyertaan yang terbaik dan saguhati kepada hakim-hakim yang terdiri daripada agensi-agensi yang berkepentingan di Negara Brunei Darussalam.

Hadir di majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abd Razak, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) di Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi (MTIC) selaku Setiausaha Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR). Turut hadir ialah pengarah-pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa yang berkenaan.


Majlis ini telah diadakan dengan mengambil langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 yang masih dikuatkuasakan mengikut nasihat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Orang ramai boleh menonton video-video pemenang dan terbaik di media sosial Instagram MKKJR iaitu @mkkjrbrunei ataupun laman web rasmi di www.mkkjr.gov.bn.



Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
28 Rabiulawal 1442 / 14 November 2020




Attachments