Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 25 November 2020 - Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-26 dan Mesyuarat-Mesyuarat Bersama Rakan Dialog



Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) bagi tahun  2020, mempengerusikan  Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN kali ke-26  (ATM ke-26) dan juga Mesyuarat-mesyuarat Bersama Rakan Dialog melalui sidang video pada 24 dan 25 November 2020.

Semasa  ATM ke-26, Mesyuarat telah membincangkan langkah-langkah dasar untuk menyokong perlaksanaan inisiatif-inisiatif dan program-program yang berkaitan dengan sektor pengangkutan di bawah ASEAN Comprehensive Recovery Framework (ACRF), yang telah diluluskan baru-baru ini semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-37. Menteri-Menteri Pengangkutan juga mempertimbangkan aktiviti-aktiviti dan program-program pengangkutan di bawah inisiatif kerjasama dengan rakan-rakan dialog. 

Di samping itu juga, Mesyuarat telahpun membincangkan inisiatif-inisiatif khusus bagi memastikan kedayatahanan sektor-sektor pengangkutan di rantau ASEAN antaranya bagi memudahkan rangkaian pergerakan barangan khususnya keperluan asas; pembukaan semula sektor penerbangan awam secara berperingkat dengan mengambilkira perkembangan dan keadaan semasa pandemik COVID-19; pemudahcaraan perjalanan antara negara-negara ASEAN melalui inisiatif seperti pengenalan "Travel Bubbles'' dan juga pengurusan penukaran krew perkapalan di sektor maritim semasa pandemik COVID-19.

Mesyuarat kemudian meluluskan Brunei Declaration on Road Safety 2020 yang antaralainnya menyokong komitmen, sokongan dan kerjasama negara-negara ahli ASEAN bagi pengurangan road fatalities sebanyak 50 peratus dari tahun 2020 hingga tahun 2030, yang juga sejajar dengan prinsip-prinsip utama dalam Stockholm Declaration yang telah diluluskan semasa 3rd Global Ministerial Conference on Road Safety pada 20 Februari 2020 di bawah pengawalseliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Ianya juga merangkumi keperluan pencapaian objektif termasuk engineering, education, dan enforcement, mengurangkan kematian jalan raya dan kecederaan bagi Vulnerable Road Users (VRUs), seperti pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang motosikal dan orang kurang upaya atau mobiliti melalui sistem keselamatan yang menyeluruh dan pemberigaan serta pembudayaan amalan-amalan terbaik keselamatan jalan raya.

Mesyuarat juga turut melancarkan dan menayangkan ASEAN Road Safety Video, iaitu kompilasi video dari setiap negara ahli ASEAN yang memuatkan usaha-usaha dalam menambahbaikkan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan road fatalities di rantau ASEAN bagi dekad ini.  Selain itu, sebanyak tujuh (7) key deliverables juga diluluskan oleh Mesyuarat di bawah sektor pengangkutan, seperti berikut:-

  1. Annual Priorities / Key Deliverables for 2021;
  2. Recommendations of the Mid-Term Review of the Kuala Lumpur Transport Strategic Plan (KLTSP) 2016-2025 and the Revised Schedule of Actions of the KLTSP 2016-2025;
  3. Implementing Protocol-2 (IP2): Aviation Training Organisations of Mutual Recognition Arrangement on Flight Crew Licensing (MRA on FCL);
  4. ASEAN Air Navigation Service (ANS) Master Plan;
  5. ASEAN-wide COVID-19 Operational Guidelines;
  6. Guidelines for improving standard procedure for reporting road crashes in ASEAN Member States based on UN standards; and
  7. ASEAN Land Transport Network Map.

Ini diikuti dengan perjumpaan di antara Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN dengan Republik Rakyat China semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN dan China ke-19 (19th ATM+China) yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Tuan Yang Terutama Li Xiaopeng, Menteri Pengangkutan Republik Rakyat China. Mesyuarat menegaskan semula komitmen untuk memperkukuhkan tindakan secara kolektif dalam menangani pandemik COVID-19 bagi memastikan kelancaran perkhidmatan sektor pengangkutan dan logistik kearah menyokong proses pemulihan akibat daripada COVID-19.  Menteri-Menteri Pengangkutan juga menyambut baik  inisiatif Republik Rakyat China untuk sama-sama menyediakan five-year successor Action Programme (2021-2025) under ASEAN-China Transport Cooperation.

Di sebelah pagi tadi, Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN dan Jepun ke-18 (18th ATM+Jepun) telah diadakan dan dipengerusikan bersama dengan Tuan Yang Terutama Iwai Shigeki, State Minister of Land, Infrastructure, Transport and Tourism (MLIT), Jepun.   Mesyuarat telah mensahkan tiga (3) inisiatif baru iaitu (i) Guideline for Capacity/Performance Evaluation of Container Terminals in the ASEAN Region; (ii) Guideline on Maritime Safety Information Provision Service to small boats in the ASEAN region; dan (iii) ASEAN-Japan Action Plan on Environment Improvement in the Transport Sector 2021-2025.  Mesyuarat juga meluluskan ASEAN-Japan Transport Partnership (AJTP) Work Plan yang baru bagi tahun 2020-2021.  Seterusnya, Mesyuarat juga meluluskan tiga (3) key deliverables di bawah perlaksanaan AJTP Work Plan 2019-2020 mengenai strategi mempromosi pelayaran, penyelenggaraan laluan navigasi di rantau ASEAN dan langkah-langkah keselamatan berkaitan dengan laluan kapal di rantau ASEAN.

Kemudian Mesyuarat diikuti dengan perjumpaan di antara Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN dan Republik Korea ke-12 (12th ATM+ROK), yang dipengerusikan bersama dengan Tuan Yang Terutama Myoung Soo Son, Vice Minister of Land, Infrastructure and Transport of the Republic of Korea.   Mesyuarat meluluskan ASEAN-ROK Transport Cooperation Roadmap 2021-2025 yang diperbaharui dengan memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia, konsultasi pembangunan, kajian feasibiliti terhadap prasarana serta teknologi dan juga pengurusan.

Selain daripada rakan-rakan dialog, Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN juga mengadakan perjumpaan dengan United States-ASEAN Business Council (US-ABC), antaralain, bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan bagi memastikan kelancaran pengangkutan ASEAN semasa situasi pandemik COVID-19.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi. Turut hadir di Mesyuarat-mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Pengerusi Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN bagi tahun 2020 dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari MTIC dan jabatan serta pihak berkuasa yang berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 



Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Brunei Darussalam


Attachments