Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 28 Disember 2020 – Majlis Pelancaran Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Brunei Darussalam 2025 (The Brunei Darussalam Road Safety Strategic Plan 2025)


Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah melancarkan satu Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya bagi Brunei Darussalam (The Brunei Darussalam Road Safety Strategic Plan) pagi tadi oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKR) bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi.

Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya bagi Brunei Darussalam merupakan kesinambungan dan pengemaskinian ke atas Blueprint Decade of Action For Road Safety 2011 – 2020 Brunei Darussalam. Pelan ini mengandungi 48 inisiatif yang mana disasarkan untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Visi Pelan tersebut iaitu "zero road accident fatalities" dipilih dan di sejajarkan dengan Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 2025, bagi menekankan betapa pentingnya nyawa pengguna jalan raya dan ianya sangat berharga dan tidak ternilai.

Lima (5) Strategic Outcomes yang dikenalpasti bagi mendokong misi dan visi Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Brunei Darussalam 2025 iaitu:

  1. Progressive Road Safety Culture For All
    1. Strategic Outcome ini kearah menghasilkan setiap individu dengan penerapan budaya sebagai salah satu jati diri mereka yang sentiasa menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang meliputi kanak-kanak seawall umur hingga orang tua;

       
  2. Progressive Road Safety for All on the Move
    1. Strategic Outcome ini kearah menghasilkan penguna-penguna jalan raya sentiasa memastikan diri mereka dan juga orang lain selamat ketika berada di atas jalan raya dengan mempastikan diri mematuhi peraturan-peraturan jalan raya;

       
  3. High Safety Standard For All Road Vehicles
    1. Strategic Outcome ini kearah mencapai piawaian-piawaian serantau dan antarabangsa bagi memastikan kenderaan yang berjalan di atas jalan raya adalah roadworthy bagi menjamin keselamatan pengguna-pengguna jalan raya;

       
  4. Recognized Safe Road Infrastructure
    1. Strategic Outcome ini kearah mencapai piawaian antarabangsa dengan memastikan jalan-jalan yang ada di Negara ini dilengkapi dengan infrastruktur yang mencukupi dan mudah serta selamat diakses dan digunakan; dan
       
       
  5. Dependable, Timely and Reliable Emergency Response
    1. Strategic Outcome ini kearah penghasilan perkhidmatan tindak balas kecemasan yang cepat, cekap dan sentiasa bersiap-siaga serta dilengkapi eset-est yang cukup dan berkesan.


Majlis Pelancaran turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Road Safety Champions, Pengarah-Pengarah  dan Pegawai dan Kakitangan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Dalam kesempatan ini, MKKJR terus menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk sentiasa memulakan setiap perjalanan dengan doa disamping meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika memandu serta mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah.  Pemandu-pemandu juga terus diseru untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan untuk sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan demi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Orang ramai juga di nasihatkan untuk membuat pemeliharaan dan penyelengaraan yang mengikut piawaian yag diluluskan bagi mengelak kejadian kebakaran kenderaan yang tidak diingini.

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Korporat, MTIC

pr@mtic.gov.bn

Attachments