Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 13 Januari 2021 - Sesi Muzakarah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara bagi Tahun 2021
Sesi Muzakarah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara telahpun diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Hadir mempengerusikan sesi muzakarah tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Manakala rombongan Ahli Majlis Mesyuarat Negara seramai 18 orang diketuai oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Majlis Sesi Muzakarah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat oleh Yang Mulia Yang Mulia Awang Abdul Razak bin Samat, Imam Masjid Mohammad Bolkiah, Kg Serusop.  Ucapan Alu-aluan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang antaralain mengongsikan:-

1. Pelan- Pelan Strategik seperti Pelan Strategik MTIC2025 bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 dan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya bagi Negara Brunei Darussalam 2025 yang disasarkan perlaksanaannya dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

2. Beberapa inisiatif utama yang difokuskan bagi mencetus proses transformasi digital di Negara Brunei Darussalam, dan disamping itu juga memastikan keselamatan siber melalui penubuhan Cyber Security Brunei [CSB] sebagai salah satu enabler strategik utama kepada transformasi digital ini.

3. Inisiatif-inisiatif kearah memastikan kedayatahanan sektor pengangkutan seperti keselamatan pengguna jalanraya serta kepentingan dalam memastikan kenderaan digunakan adalah road-worthy.

4. Impak yang dialami oleh industri pengangkutan dan infokomunikasi dari kesan pandemik COVID-19 serta usaha-usaha kearah memperkenalkan norma baru dalam memastikan kedayatahanan kedua-dua sektor tersebut.

Sesi Muzakarah antara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara adalah satu platform untuk berbincang secara terbuka dan bertukar-tukar pandangan dalam suasana muhibbah mengenai sektor pengangkutan dan infokomunikasi terutama sekali dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan program yang diungkayahkan di bawah Kementerian ini demi kepentingan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dalam sesi muzakarah tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kemeneterian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi); Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa, Pesuruhjaya Interim bagi Cyber Security Brunei (CSB) serta Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Disediakan oleh:
Bahagian Strategi
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments