Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 27 Mac 2021 – Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Pihak-Pihak Berkuasa Dibawahnya

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan dan Pihak-Pihak Berkuasa Dibawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj pada petang ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jalan Menteri Besar. Majlis Isra' Mi'raj pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis tersebut didahului dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Pengiran Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki, Pegawai Pelajaran, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB). Pertandingan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H / 2020M.

Majlis juga diserikan dengan ceramah khas bertajuk "Sembahyang Teras Kecemarlangan Umat" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak, penceramah undangan dari Al-Minhaj Centre dan Da'ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan lepasan Sarjana (Master) Falsafah Islamiyyah dari Universiti Kaherah, Mesir.

Antara objektif majlis sambutan adalah untuk memperingati peristiwa agung Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wassalam disamping mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim antara sesama warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak berkuasa dibawahnya.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Mohamad Azlan bin Haji Mohammad Junaidi, Pemangku Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis, Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak berkuasa dibawahnya.

Attachments