Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 12 Julai 2021 - Sidang Media Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR)

Bismillahirrahmaan nirraheem

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

1.           Terlebih dahulu bagi pihak Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), peramba/saya selaku Setiausaha MKKJR ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kehadiran rakan-rakan media ke sidang media pada pagi ini.

2.           Turut hadir bersama saya pagi ini ialah Yang Mulia Penguasa Kanan Polis, Tuan Pengiran Haji Abdul Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei dan Yang Mulia Tuan Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pengarah Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi selaku Ketua Urusetia MKKJR.

3.           Melalui sidang media pada pagi ini, pihak MKKJR ingin mengongsikan statistik atau perangkaan berkaitan kesalahan lalulintas jalan raya di Negara ini dan jua kompaun hasil daripada pemantauan dan operasi-operasi penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalan raya yang dijalankan oleh pihak Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Draja Brunei dan Jabatan Pengangkutan Darat sepanjang tempoh setengah tahun bagi tahun 2021 iaitu daripada bulan Jan hingga bulan Jun 2021.

4.           Setakat ini, sebanyak 478 operasi sekatan jalan raya secara statik dan 08 operasi sepadu bersama agensi-agensi lain telah dijalankan. Hasil daripada operasi berkenaan, sejumlah 9,042 kesalahan lalu lintas telah direkodkan.

5.           Berdasarkan kepada penganalisaan yang telah dibuat oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Draja Brunei, antara sepuluh (10) kesalahan-kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan dalam tempoh enam (6) bulan pertama tahun 2021 adalah seperti berikut: -

BilPerkara

Jumlah

 

1.    

Memandu melebihi had laju dari yang ditetapkan (speeding)

 

914
2.    

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

 

331
3.    

Kenderaan yang dipasang dengan cermin atau plastik gelap atau tirai yang tidak ada kebenaran semasa kenderaan dipandu di jalan raya

 

1534
4.    

Meletak kenderaan bukan ditempat yang dikhaskan

 

1193
5.    

Mengubahsuai kenderaan daripada spek asal

 

1042
6.    

Tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu

 

548
7.    

Lesen memandu mansuh

 

394
8.    

Tayar nampak benang

 

292
9.    

Memasang pelekat (sun X) atau tinted film

 

266
10.                 

Tidak memiliki Lesen Memandu

 

254

 

Sumber maklumat: Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Pasukan Polis DiRaja Brunei

 

6.           Sepertimana dimaklumi bersama, kesalahan-kesalahan lalu lintas boleh dikenakan kompaun mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan didalam Jadual Akta Lalu lintas Jalan Raya, Penggal 68, antaranya seperti berikut :-

BilKesalahanKadar Kompaun bagi kesalahan PertamaKadar Kompaun bagi kesalahan Kedua dan berikutnya
1

Memandu melebihi had laju yang ditetapkan di jalan raya atau pada kenderaan:

  1. sehingga 30km/jam
  2. lebih dari 30km/jam sehingga 40km/jam
  3. lebih dari 40km/jam

 

 

 

 

 

$ 50

 

$100

 

 

$150

 

 

 

 

 

Setiap kesalahan berikutnya akan ditambah dendanya sebanyak $100.

2

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

 

$200

Ke-2: $400

Ke-3: Boleh dihadapkan ke mahkamah

 

3

Kenderaan yang dipasang dengan cermin atau plastik gelap atau tirai yang tidak ada kebenaran semasa kenderaan dipandu di jalan raya

 

$50

Ke-2: $150

Ke-3: $300

Ke-4: $500

Ke-5: Boleh dihadapkan ke mahkamah.

 

7.       Manakala itu, terdapat juga kesalahan-kesalahan yang melibatkan kenderaan berat atau perkhidmatan awam dimana perangkaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan berkaitan kenderaan-kenderaan berat atau perkhidmatan awam adalah sejumlah 345 kes dengan sejumlah 494 kompaun dikeluarkan.

8.           Antara kesalahan yang melibatkan kompaun yang telah dikenakan antaranya adalah kesalahan-kesalahan membawa lebih berat muatan, memandu melebihi had laju yang ditetapkan, memandu kenderaan yang tidak layak dari keselamatannya dan sebagainya. 

9.           Manakala itu, sejumlah 21 buah kenderaan-kenderaan berat atau perkhidmatan awam telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

10.        Berdasarkan statistik dan perangkaan yang tersebut di atas, menunjukkan pelbagai kesalahan laluintas jalan raya yang sering dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan raya di Negara ini. Pihak MKKJR melalui agensi-agensi penguatkuasa peraturan dan undang-undang jalan raya sekali lagi menekankan kepentingan bagi semua pengguna jalan raya khususnya para pemandu dan pengguna jalan raya untuk sentiasa meningkatkan kewaspadaan dan sentiasa bertanggungjawab dalam sama-sama meningkatkan keselamatan jalan raya.

11.        Sikap berhemah, bertolak-ansur dan saling ingat mengingati sesama pengguna jalan raya adalah sangat penting diamalkan oleh semua pengguna jalan raya.

12.        Pemandu-pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dengan tidak memandu melebihi had laju yang dibenarkan, mengamalkan penggunaan tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan talipon bimbit semasa memandu, tidak memotong ditempat-tempat merbahaya, sentiasa memberi isyarat apabila masuk simpang atau mengubah halauan dsb, mematuhi papan-papan tanda dan lampu isyarat jalan raya serta sentiasa bertolak ansur sesama pengguna jalan raya lain.

13.        Adalah penting untuk sentiasa memeriksa kenderaan supaya berkeadaan baik dan selamat untuk dipandu. Amalan penjagaan kenderaan secara teratur melalui pemeilharaan kenderaan berjadual di bengkel-bengkel dan stesen-stesen pemeriksaan yang dikitiraf oleh JPD adalah baik untuk mengelakkan kerosakkan yang tidak diingini semasa memandu.

14.        Manakala itu, majikan-majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pemandu-pemandu kenderaan berat dan komersil dibawah jagaan masing-masing dengan memastikan mereka mematuhi peraturan dan undang jalan raya.

15.        Dikesempatan ini juga, pihak MKKJR tidak lupa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan atau mengongsikan sebarang maklumat berkaitan keselamatan jalan raya. Mudah-mudahah dengan kerjasama ini akan dapat membantu pihak MKKJR mengambil tindakan segera demi mengelakkan atau mengatasi kemalangan jalan raya daripada berlaku.

16.        Sebarang aduan kesalahan-kesalahan lalu lintas bolehlah menghubungi talian Darussalam 123 atau melalui WhatsApp iaitu 8333123.

17.        Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi MKKJR  di alamat https://www.mkkjr.gov.bn atau melalui IG @mkkjrbrunei.

Sekian disampaikan.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 



Disediakan oleh:

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya

Pejabat Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan)

Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi

Attachments